CauRaGe iS NoT tHe aBseNce of fEaR, bUt RatHer tHe JuDgeMenT tHat SomEtHinG eLsE iS MoRe ImPoRtaNt tHaN FeAR.
RSS

Thursday, December 12, 2013

Kebahagiaan Kau dan Kebahagianku

Di sini
aku melihatmu
Diriku dekat denganmu
Jasadku sebumbung denganmu
Tidak seperti dulu
Namun jiwa kita tetap tidak bersama

Kau terasa sunyi..Terus mengingati kenangan lama
Yang aku sendiri tegahkan..Jika ingin bersamaku

Namun aku sedar...Aku tidaklah sesempurna mana
Memberi segala perhatian..Terhadap dirimu cinta

Menyebabkan..Kau mula mengingat
Segala kenangan lama..Di seberang sana..
Adakah mereka sahaja yang boleh menghilangkan kesunyianmu?

Kini,
Walaupun kau melayanku baik, Walaupun kau bersamaku selalu,
Baru kusedar, kau tetap sunyi..
Aku menyediakan sesuatu untukmu..Namun Kau tetap sunyi..
Fikiranmu tetap disana sayang

Apakah dayaku..segalanya telah ku cuba..
Namun tetap masih banyak yang tidak kena
pada pandangan matamu

Aku tidak ingin menghalang
Kerana aku tau..aku tidak berdaya menghalang
Hanya mampu merintih di dalam hati
Hanya mampu memandangmu dari ekor mataku
Aku tidak dapat mengisi kesunyianmu

Tingkah lakumu..Aku tau perubahan itu..
Namun..aku terus membuang pemikiran negatif itu
Apabila kamu menolak ajakanku
Terlalu optimis menyebabkan aku makin tidak memahamimu..
Apakah yang kau fikirkan sayang?

Sejak kebelakangan ini..Aku terpaksa berfikir...
Jalan hidupku kelak tanpamu..
Jika kebahagianmu bukan denganku..
Kau lepaskan aku..

Namun..aku minta belas kasihmu sayang..
Janganlah kau ambil kebahagianku yang seorang ini..
Dia yang ku kendong selama 9 bulan..
Hanya dia tempat aku mencurah kasih sayang..
Kau masih ada tempat untuk mencipta kasih sayangmu..
Aku hanya ingin dia..
Aleesya Zahraa


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Friday, November 8, 2013

Kuih Talam Ubi Kayu...Nyum..Nyum..




Bahan-bahan ( Saiz loyang 30 cm )

* 4 cawan ubi kayu siap di parut dan di buang airnya ( anggaran 2 kg 
   ubi kayu )
* 1 1/2 cawan air gula merah ( 1/2 kg gula merah dimasak dgn 2 cwn air)
* 1 cawan gula pasir
* 3 cawan santan cair

Bahagian Atas
* 4 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa )
* 2 sudu kecil garam ( sudu kfc )
* 1 1/2 cawan tepong gandum

Cara-cara

1. Panaskan kukusan.
2. Ubi kayu yang telah di parut, di perah buang airnya dgn menggunakan 
     tuala bersih.
3. Masukan kedalam loyang. Masukan santan cair, air gula merah dan 
     gula pasir. Gaul sebati.
4. Kukus sehingga masak.
5. Setelah masak, tekan2 seperti membuat pulut seri muka.
6. Satukan santan pekat, garam dan tepong gandum, kacau sehingga 
     sebati. JANGAN BLENDER, sebab nanti bila masak kepala dia akan 
     pecah2. Guna pemukul telor tangan aje..
7. Tapiskan adunan dan tuangkan keatas adunan ubi tadi. kukus selama 
    30 minit.

8. Buka penutup kukusan, lap wap yang ada di permukaan kuih dengan 
     tisu..biarkan sebentar dan tutup api..
9. Sejukan..sedia untuk di makan.. 

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday, October 28, 2013

Sejujurnya untuk Dia

Sejujurnya,
Aku bukan lah siapa-siapa , Apabila dimembebel, aku biarkan sahaja
Aku tidak ingin menegangkan keadaan
Terdengar sepatah dua perkataan terkeluar apabila terasa melampau

Sebenarnya,
Aku bukannya sempurna
Tidak pernah berjanji untuk menyediakan juadah enak setiap hari
Dia lagaknya ingin menerima seadanya, Namun aku tahu, aku perlu melangkah lagi

Aku bukannya seorang pelayan yang didambakan, yang gah menayangkan segalanya
Mendapat pujian segenap dunia..kepada si mata keranjang

Sebenarnya,
Aku kekok melayannya, kerana sikap maluku masih menebal, atau masih dianggap pucuk di dalam hubungan
Sukar memenuhi tahap kehendaknya, Akhirnya, ketakutan silam mula menjelma

Sebetulnya, aku bukanlah seorang yang berterus terang,
Yang ingin menegakkan segala kebenaran, Yang akan menundukkan egois dia
Aku hanya mampu memerhati, menangis dalam diam
Kerana aku tak mampu lagi bersuara

Semampuku…hanya mengusap lembut nyawa baru ini, Masih belajar menendang dan merasai,
Yang belum tahu erti dunia diluar kepompongnya,
Hanya mampu bersoa, moga diaberi kesihatan dan keredhaan, Meniti kehidupan, bersama dia yang tercinta

Sesungguhnya, jika malap cinta padaku,

Maafkan aku kerana tidak mampu menjadi sempurna dimatamu

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, October 2, 2013

Kehidupan Baru Seorang Ibu

Sudah 4 bulan lebih Alya menjalani kehidupan seorang isteri dan seorang ibu. Siapa yang tak bangga jika dipanggil ‘bunting pelamin’ atau ‘subur’. Sebagai seorang isteri yang baru berkahwin, memang dia terlalu bahagia dan tak disangka dikurniakan rezeki seawal itu.


Namun dia tak boleh juga lari daripada perasaan seorang wanita mengandung. Dalam keadaan seperti ini, dia harus belajar membahagikan masanya untuk si suami, dia dan kandungan, kerja. Masa? Dia memang ada masa. Sibuk? Hanya waktu kerja. Apa yang menjadi masalah dia sekarang adalah macam mana dia ingin mengawal perasaan yang bercampur baur dalam dirinya.

Di suatu hari dia terlalu banyak menerima comment daripada bos dan orang tersayang.  
“You sepatutnya buat kerja ni bukan that engineer!” Bos dia melepaskan salah orang padanya. Sebab? Hanya dia cuti 1 day for an appointment dengan doctor by following office procedure?? Hello boss, that job supposed to that engineer and he already know and keep asking me why I must do his job, and that project she only help her colleague! Not her duty!?? But as per always “Durian sentiasa menang dengan timun”. Dia cuba untuk berkongsi namun disangka sebaliknya oleh orang yang dia harapkan..

Pada masa itulah dia berasa sangat tertekan dan penat sehinggakan menjadi seorang pendiam dan tak hanya mampu tersenyum. Ingin diluah? Tidak kesampaian. Segalanya hanya nampak dirinya yang salah. Hanya mempersoalkan her duty but how yours?

Memang dia mengaku dia cepat terasa, cepat merajuk, cepat marah dan cepat mengamuk. Kesannya, dia dipinggirkan. Its true? Or hanya sangkaan? Mungkin dengan keadaan ‘hibernate’ ini dia dapat berfikir cara yang terbaik untuk mengubat hati.How??? Dia dah xmampu untuk menjaga hati semua orang.


Itukah yang dialami oleh kebanyakan ibu?

Maafkan Alya kerana tak dapat menjagamu sebaik yang diharapkan

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, July 17, 2013

Makanan yang baik untuk ibu mengandung

Dalam tak sedar aku mula search makanan tradisional untuk pemakanan kesihatan baby aku. Sebabnya aku dah pening mana satu jenis suppliment yang boleh aku ambil untuk memastikan anakku sihat..So, atas cadangan akak aku, lebih baik aku kembali pada zaman dulu kala, nenek moyang kita. So mungkin ini yang terbaik untuk aku. Ni aku nak share makanan yang terbaik untuk wanita hamil mengikut pandangan Rasulullah S.A.W dan sudah pasti cara pemakanan yang Beliau ajarkan sangat adalah terbaik untuk umat dia kan?

Rasululullah S.A.W menganjurkan agar memberi makanan yang baik dan halal, serta menjauhkan makanan yang diperoleh dari suatu perbuatan dosa. Tujuannya supaya akhlak anak baik dan terjaga dari segala perbuatan dosa di kehidupannya kelak.

Rasulullah S.A.W, memberikan tuntunan makanan apa saja yang berkhasiat untuk bayi sejak dalam kandungan. Dan sebagai umat Islam hendaknya kita meyakini serta mengamalkan tuntunan tersebut. Berikut ini info tentang makanan dan buah-buahan serta khasiatnya untuk bayi menurut Rasulullah SAW:

Buah Kurma
Kurma adalah tanaman yang hidup di daerah kering semenanjung arab. Memiliki buah yang berwarna coklat kehitaman, lonjong dan berdiameter 2-3 cm. Kandungan glukosa, fruktosa serta zat cair didalamnya sangat mudah diserap oleh tubuh. Oleh karena itu buah kurma juga beberapa kali disebutkan di dalam Alquran sebagai buah yang memiliki kelebihan dibanding buah lain. Berikut khasiat kurma menurut Rasulullah SAW:

Rasulullah S.A.W bersabda, “Berilah makan kurma wanita yang sedang hamil pada bulan-bulan terakhir kehamilannya supaya anaknya menjadi anak yang penyabar dan suci.”

Amirul Mukminin as berkata, “Barni adalah sebagus-bagusnya kurma. Berilah ia kepada para wanita yang sedang dalam masa nifas, supaya anaknya menjadi anak yang penyabar dan bijak.”

Imam Ja`far Shadiq as berkata, “Berilah makan barni (sejenis kurma) wanita yang telah melahirkan (pada masa nifas) supaya anaknya menjadi anak yang berakal dan murah hati.”

Sehingga dari uraian diatas, sangatlah dianjurkan memberikan Kurma untuk dikonsumsi ibu. jadi Air ASI-nya akan berisi berbagai khasiat yang disebutkan diatas. Sehingga ini semakin memperkuat keyakinan untuk memberikan ASI kepada Bayi, dan hendaknya tidak memberikan susu formula sebagai salah satu upaya mendidik akhlak dan fisik anak sejak dini.

Lu'ban/Keminyan Arab  (link; http://kemiyanaminkanda.blogspot.com/)

keminyan Arab: RM30/100g 

 Mana nak dapat? Ni try contact sedara ni: 
AMINKANDA: 0125073007 (TELUK INTAN, PERAK)

Lu'ban adalah sejenis kemenyan khas arab yang biasa dipakai sebagai bahan pengharum dan parfum arab. Kandungan utamanya adalah unsur utama dari resin benzoin berbagai tanaman dari genus Styrax. Dengan memberikan lu'ban, bayi dalam rahim akan memperoleh banyak manfaat. maka Berikut Khasiat lu'ban menurut Rasulullah SAW:

Rasulullah saw bersabda, “Berilah makan lubân wanita yang sedang hamil, karena janin yang memakan lubân dalam perut ibunya akan menjadi kuat akalnya. Jika ia laki-laki ia akan menjadi seorang pemberani, jika ia perempuan ia akan menjadi perempuan yang besar pinggulnya dan dicintai suaminya.”

Imam Ali Ridha as berkata, “Berilah makan lubân wanita yang sedang hamil. Karena, jika ia anak laki-laki ia akan menjadi laki-laki yang cerdas, pintar dan pemberani, dan jika ia anak perempuan ia akan menjadi perempuan yang berakhlak baik, cantik, berpinggul besar dan dicintai suaminya.”

Buah Safarjal/ jambu biji (latinnya: Psidium Guajava)
Safarjal adalah buah sejenis apel dengan nama latin Cydonia oblonga. Buahnya banyak mengandung khasiat, di amerika di sebut dengan nama Quince.(Ni aku xsure buah ape..huhuhu..tanya laki aku mungkin dia tahu..)
Makanan Berkhasiat Untuk Kehamilan Menurut Rasulullah S.A.W, Kehamilan, hamil, tips makanan semasa hamil,
Buah Safarjal

Rasulullah SAW bersabda, "Berilah makan buah safarjal (sejenis apel) kepada wanita yang sedang hamil, karena ia dapat membuat bagus akhlak anak yang akan dilahirkan."

Semangka/tembikai



Semangka adalah buah dari tanaman merambat yang serumpun dengan labu, melon dan ketimun. Buahnya yang banyak mengandung air membuatnya sering dijadikan jus. Daging buahnya berwarna merah dan kuning.

Rasulullah SAW memberikan anjuran agar ibu hamil mengkonsumsi semangka sebagaimana sabda beliau: "Setiap wanita hamil yang makan buah semangka maka anaknya akan cantik wajahnya dan baik akhlaknya."


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday, July 15, 2013

PUDING KARAMEL GULA HANGUS

Tetiba teringin nak makan ni..masuk bulan puasa macam biasa mmg aku suka cari puding ni.. tapi kuih ni mahal gila kan..huhuhu..kalo petang ni aku xdapat jugak kat bazar ramadhan, mmg aku kena buat ni..



Untuk puding:
1 tin susu cair
4 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanila
4 sudu besar gula

Untuk Karemel:
3/4 cawan gula pasir
1/2 cawan air panas

Cara-cara nak buat:

(karemel)
1. Panaskan gula dalam kuali hingga cair dan agak kekuningan (jangan pucat sangat atau hangus sangat)
2. Masukkan air panas sedikit demi sedikit (hati-hati sebab campuran ni akan memercik sikit)
3. Kacau sekejap hingga menggelegak dan sebati
4. masukkan dalam loyang pengukus dan sejukkan (bila suam2 buleh masukkan dlm freezer kejap supaya cepat keras...hik)

(puding)
Panaskan air dalam pengukus
1. Masukkan susu, telur, gula dan asen vanila dalam blender dan putar sekejap je hingga sebati...hehehe ni teknik orang tak berapa rajin
2. Tuangkan campuran puding ni perlahan-lahan kedalam loyang pengukus yang berisi karemel tadi
3. kukus selama 15 ke 20 minit (hak ni aku kena tanya hubby cane nak gunakan periuk2 kat dapur tu supaya dapat jadi pengukus. Memandangkan kami baru kawen, barang dapur pun xbanyak..hik..hik..)
4. Keluarkan dari pengukus dan sejukkan (jika ada air atas puding tadi serap air guna tisu dapur yg kita guna untuk toskan minyak tu)
5. Terbalikkan Puding atas pingan dan boleh dihidang

Kemudian bolehlah tunggu azan maghrib ntuk berbuka;)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Isu Pertama Kami

27.5.2013 merupakan tarikh keramat aku bergelar isteri kepada dia. Pada masa itu aku berasa perasaan yang lega yang teramat sangat kerana segala beban yang aku tak mampu tanggung, hutang aku pada Allah..dan ibadahku padanya  tidak tersekat lagi.

Namun aku lupa dan mula terasa diriku ini tidak dapat memberi kebahagiaan kepada dia. Cara hidupnya dan cara hidupku sangat berbeza. Aku tahu niatnya untuk menegurku dan ingin cara hidupku selaras dengan cara hidupnya..Aku mmg mencuba akan tetapi apa yang sudah sebati dalam diri, adakah senang untuk diubah?

Aku mula rasa bersalah. Bersalah kerana tidak dapat memenuhi kehendak suami aku. Aku tidak dapat berjaga sepertimana dirinya. Namun aku tetap akan cuba even terkadang aku bangun seperti orang yang mamai. Namun percayalah aku sedang mencuba memenuhi kehendakmu. Kata2 orang luar menguatkan lagi cara dia menegurku. Aku tau dia geram denganku. Namun, sabarlah. Aku pernah terasa hati kamu menceritakan keburukanku pada semua orang. Namun, aku tau itu juga luahanmu kerana sudah beberapa kali kau menegurku. Banyak betul dosaku padamu. Mampukah aku?


Apabila aku melihat raup wajahnya yang menahan marah, aku menjadi serba salah. Ingin saja aku katakan aku cuba memenuhinya tetapi kamu masih tidak berpuas hati. Aku tau layanan aku tidak seperti orang lain. Namun, itu hanya rintihan dalam hatiku. Adakah dia bahagia denganku atau dia lebih bahagia dengan dia? Ya Allah, aku tidak mahu menyebut kata2 itu. Sekiranya dia dapat menerimaku, pertahankanlah dan lembutkanlah hatinya.

Moga aku dan dia diberi kekuatan membesarkan anak dalam kandungan ini..apa namanya ye?;)
Aku mahu serahkan padanya sahaja, namun aku akan bagi cadangan nama2 yang baik..hihi
Aku menyintaimu suamiku.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Friday, June 21, 2013

Dia suamiku



Aku adalah isteri mu.. bagaikan tidak kupercaya bahawa dia menjadi suamiku..
Inilah takdir Allah..banyak hikmah disebalik kejadian yang berlaku sebelum aku menjadi isteri yang sah kepada sobirin.
Sayang...sebagai isteri..ayg hanya menyintai abg dan harap cinta ini tidak tersasar daripada niat asal ayg..iaitu mencari keredhaan Allah swt.
Ayg masih liat tp ayg tetap akan berusaha mengikut nasihat sayang dan cuba buang cara hidup lama.. sebab tiada sebab lagi untuk ayg tidak mengikuti nasihat baikmu sayang..
Ayg juga bersyukur mendapatmu...dan bersyukur terhadap amaran2Nya pada kita...dengan amaran2 itu kita makin dekat padanya dan kita makin menyayangi..
YA ALLAH. .entah kenapa malam ini aku terlalu sedih..
Kebahagiaan ini terlalu berharga bagiku..dan aku tak tau mcm mana jika kehilangannya buat kali kedua...Kau kuatkanlah hatiku dan hatinya menempuhi cabaran dan dugaan dalam hidup..
Jadikanlah kami golongan yang selalu bersyukur kepadMu..aku tak ingin jauh lagi daripadaMu..lindungilah ikatan kami daripada segLa bentuk kejahatan..kami dengan fMili2 kami...
Jika apa yang kurasa ini sudah wujud. ..kau peliharakanlah dia dengan agamaMu..
Aku hanya ingin dia bahagia.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, March 26, 2013

sunyi

Sunyi?
Kenapa masih terasa sunyi
jika ada kekasih hati
Apa yang kurang pada buah hati
Sehingga terasa sunyi menyelubungi

Jauh...
Hanya alasan bagi yang tak mensyukuri
Kerana hati masih tidak puas dipenuhi

Mulut..
Berkata tak apa
Hati kata sebaliknya
Mula mencari pengganti
Demi hati yang seringkali sepi

Atas alasan sunyi
Teruskan tanpa peduli
Pada hati yang tidak mengetahui
Dan mula mempercayai

Sahabat berkata dia sunyi
Lalu mencari
Menyalahkan hati ini
Yang sekian lama mempercayai

Atas alasan sunyi
Demi melepaskan diri
Hati menangis lagi
Mendengar perkataan diungkapi
Menyedarkan diri dan menyalahkan diri
Tak dapat mengubati
Sunyi orang yang dicintai...

Kurangnya diri
Terasa ingin menyendiri
Mengubati sendiri hati ini

Terlalu pantang mendengar sunyi
Itulah penyebab peretakan kami

Isilah hati yang sunyi
Dengan isian rohani
Demi hubungan yang diredhai..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, February 20, 2013

11th February 2013



11th February 2013



Ada apa ngn tarikh tu? Bagi orang lain, ianya xda pulak menarik..bukan mcm 11.11.11, atau 12.12.12 ataupun 1.2.13. Hurm…tapi bagi pemilik badan..ianya tarikh yang xkan pernah dilupakan..melebihi tarikh hari dia dilahirkan..ataupun tarikh bergraduan…

Bagi orang lain pun..sebab yang menjadikan tarikh ini keramat mungkin tidak membawa apa2 maksud yang terlalu mendalam..namun, pada tarikh inilah tercipta suatu kejaiban pada kehidupan Alya dan syakirin…Setelah bertahun memujuk papa akhirnya papa bersetuju menerima syakirin dalam hidup Alya..Papa akur dengan kesungguhan Alya n Syakirin….


                                               *                        *                       *


“Awak…saya bertolak pukul 9 pagi ni..sampai insyaallah petang lepas asar..saya datang ngn abg saya”

Pagi itu alya terperanjat membaca text daripada Sony Ion bewarna hitam merah yang baru dibelinya.. 

“Hah!!awak jadi datang?ok..hati2 wak” 

Alhamdulillah..Allah permudahkan segalanya..Alya betul2 berserah padaNya malam itu kerana dia merasakan keadaan dimana kata orang ‘diluah mati mak ditelan mati ayah..’itulah kata2 tepat yang alya rasa malam itu..

Sesampainya Syakirin di rumah bersama rombongan…
Selepas berbual2..wakil Syakirin bertanyakan mengenai Alya dan Syakirin..Alya dan Syakirin masing2 berdebar menantikan keputusan…pucat habis..

Papa tersenyum..dan bertanya kepada syakirin “Kamu betul inginkan anak saya? Dah fikir masak-masak?

Syakirin mengangguk dan memandang papa..Yakin benar pemuda itu..Alya tersenyum sendiri..hehehehhe. I love u

 Dah anak saya pun  nekad, saya pun xada apalah boleh dicakapkan..memandangkan mereka dah lama berkawan..sejak belajar kat UTM kan..jadi kita teruskan dengan perbincangan lah..tak elok ditangguh2kan lagi”

Tersenyum lega Alya mendengar kata2 Papa..Alya melihat wajah Syakirin..macam nak menjerit memanggil dia..”Awak!!awak dah lulus!! Kita boleh jadi suami isteri!!” Namun apabila memikirkan ramainya tetamu..dia hanya mampu memandang bawah tersipu malu..aceh..hehehe.

*                        *                       *
10th February 2013
Papa, mcm mana ye kalo Syakirin nak datang?
Soalan diajukan kepada lelaki tua bercermin mata yang sedang kusyuk membaca surat khabar tempatan..entah apa yang menarik perhatian sehinggakan TV didepan mata dibiarkan beroperasi dengan syok sendiri sendirian..…kedutan dan kerut di wajahnya menunjukkan tekanan demi tekanan yang dilalui untuk membesarkan anak2.

Kamu dah fikir masak2 dengan pilihan kamu? Apa2 jadi papa xnak masuk campur..kamu kena selesaikan sendiri..kamu tau kan kenapa papa tak benarkan kamu kahwin? Papa mula mengalihkan perhatiannya pada muka alya yang sepertinya terpinga2. meraih simpati. Alya mengangguk perlahan..dia nekad dengan keputusan yang dilakukannya sebelum Syakirin pulang ke semenanjung…Itulah janji Alya pada diri sendiri..

                                               *                        *                       *

              January 2012

 ‘Awak, sekiranya awak serius dengan saya..awak balik la..sy dah xnak tunggu sampai bulan 6 2013 baru awak nak balik..dulu awak janji bulan 12 tahun 2011 kita dah nikah then tahun 2012 pulak…then awak cakap  awak nak tunggu project awak habis then balik then nikah….dulu saya setuju..tapi bila dah jadi gini…saya hanya boleh bagi awak tempoh…Jika awak berdalih…saya xnak paksa awak..awak boleh teruskan hidup awak disana..saya dah xtunggu dah..saya tau awak sayang position awak di syarikat tu..saya anggap awak bahagia disana..sbb kalo saya tunggu..hubungan kita lagi worse..awak disana..saya disini..saya ada hidup saya untuk diteruskan’.

Itulah kata2 Alya suatu waktu dahulu semasa dia bertekad membuat keputusan kerana terlalu banyak dugaan..cabaran..dan tangguhan....Alya ingin melupakan syakirin namun tiada petunjuk..juga berat hatinya..seperti ada yang mengikat hatinya dan ada yang mengatakan 

                                      “dia memerlukanmu..dan..kamu memerlukan dia…” 

Kemudian Alya menyediakan dua pilihan kepada Syakirin…dan pilihan Syakirin adalah pilihan Alya juga..Dia bersedia dengan apa je keputusan Syakirin…if syakirin enggan dan banyak alasan..pahamlah alya..keputusannya mendorong keputusan alya..Namun, petunjuk yang diberikan..Syakirin pulang jua..

Detik itulah hati Alya yakin mengenai pilihannya..dan itulah keputusannya..Pada saat itu..Alya mula belajar menyayangi Syakirin kembali..Alhamdulillah..masih ada cinta dihati..

                                               *                        *                       *

Raup wajah papanya ditatap lama…lamunannya terhenti apabila papa berkata2..

“Dulu abang iparmu layan papa xelok..tapi Syakirin ni papa tengok dia sabar tunggu kamu..Kalo orang lain mesti dah bawak lari kamu..hurm..kalo dia betul2 serius dengan kamu..esok suruh dia datang bawak family skali..jangan datang sorang..”

Alya terkedu..berkelip2 matanya memandang papanya dan menjawab perlahan..”Papa, dia balik Penang sekarang”
“Kalo dia bersungguh…suruh dia ikhtiar macam mana sekali pun..tak kisah la sampai lambat ke tak..sampai tengah malam suh dia tidur sini”

Alya terketar2..dia meminta izin untuk berbincang dengan Syakirin..

Malam itu Alya dan Syakirin dan juga family bermandikan air mata..

Mama berpesan “Bagitau Syakirin..mak sabar dah bertahun..tak kan Syakirin xdapat bersabar demi mak..nanti mak dah xda teman…Alya sorang je mak boleh luah…abag alya lain..dia lelaki..” Alya berpaling dan masuk ke kamarnya..tak sanggup dia mengalirkan air mata didepan mama.. Alya Cuma larat menyampaikan apa yang disuruh papanya kepada Syakirin..

Alya tau Syakirin dan family mesti terkejut..namun Alya tiada pilihan..itulah peluang yang harus digapai…terdengar tangisan Syakirin kerana tak tahan melihat maknya menangis..hati lelaki itu yang mudah tersentuh membuatkan dia tersentuh..dalam bahasa lain manja.

“awak..saya xpaksa awak datang..papa cakap mcm tu..kalo family awak tak bagi..jangan datang..lebih2 lagi mak awak..kalo betul awak nak datang..mintak restu mak awak dulu…kalo tak..sia2 usaha awak datang jumpa papa..ingat wak..mak awak lagi penting daripada saya”

Mereka hilang dalam dunia masing-masing…

Alya menyintai suaminya..tak sabar dia nak membajai cinta dengan bakal suaminya itu tanpa ragu2 lagi..;)



Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...