CauRaGe iS NoT tHe aBseNce of fEaR, bUt RatHer tHe JuDgeMenT tHat SomEtHinG eLsE iS MoRe ImPoRtaNt tHaN FeAR.
RSS

Monday, October 28, 2013

Sejujurnya untuk Dia

Sejujurnya,
Aku bukan lah siapa-siapa , Apabila dimembebel, aku biarkan sahaja
Aku tidak ingin menegangkan keadaan
Terdengar sepatah dua perkataan terkeluar apabila terasa melampau

Sebenarnya,
Aku bukannya sempurna
Tidak pernah berjanji untuk menyediakan juadah enak setiap hari
Dia lagaknya ingin menerima seadanya, Namun aku tahu, aku perlu melangkah lagi

Aku bukannya seorang pelayan yang didambakan, yang gah menayangkan segalanya
Mendapat pujian segenap dunia..kepada si mata keranjang

Sebenarnya,
Aku kekok melayannya, kerana sikap maluku masih menebal, atau masih dianggap pucuk di dalam hubungan
Sukar memenuhi tahap kehendaknya, Akhirnya, ketakutan silam mula menjelma

Sebetulnya, aku bukanlah seorang yang berterus terang,
Yang ingin menegakkan segala kebenaran, Yang akan menundukkan egois dia
Aku hanya mampu memerhati, menangis dalam diam
Kerana aku tak mampu lagi bersuara

Semampuku…hanya mengusap lembut nyawa baru ini, Masih belajar menendang dan merasai,
Yang belum tahu erti dunia diluar kepompongnya,
Hanya mampu bersoa, moga diaberi kesihatan dan keredhaan, Meniti kehidupan, bersama dia yang tercinta

Sesungguhnya, jika malap cinta padaku,

Maafkan aku kerana tidak mampu menjadi sempurna dimatamu

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...