CauRaGe iS NoT tHe aBseNce of fEaR, bUt RatHer tHe JuDgeMenT tHat SomEtHinG eLsE iS MoRe ImPoRtaNt tHaN FeAR.
RSS

Monday, July 15, 2013

Isu Pertama Kami

27.5.2013 merupakan tarikh keramat aku bergelar isteri kepada dia. Pada masa itu aku berasa perasaan yang lega yang teramat sangat kerana segala beban yang aku tak mampu tanggung, hutang aku pada Allah..dan ibadahku padanya  tidak tersekat lagi.

Namun aku lupa dan mula terasa diriku ini tidak dapat memberi kebahagiaan kepada dia. Cara hidupnya dan cara hidupku sangat berbeza. Aku tahu niatnya untuk menegurku dan ingin cara hidupku selaras dengan cara hidupnya..Aku mmg mencuba akan tetapi apa yang sudah sebati dalam diri, adakah senang untuk diubah?

Aku mula rasa bersalah. Bersalah kerana tidak dapat memenuhi kehendak suami aku. Aku tidak dapat berjaga sepertimana dirinya. Namun aku tetap akan cuba even terkadang aku bangun seperti orang yang mamai. Namun percayalah aku sedang mencuba memenuhi kehendakmu. Kata2 orang luar menguatkan lagi cara dia menegurku. Aku tau dia geram denganku. Namun, sabarlah. Aku pernah terasa hati kamu menceritakan keburukanku pada semua orang. Namun, aku tau itu juga luahanmu kerana sudah beberapa kali kau menegurku. Banyak betul dosaku padamu. Mampukah aku?


Apabila aku melihat raup wajahnya yang menahan marah, aku menjadi serba salah. Ingin saja aku katakan aku cuba memenuhinya tetapi kamu masih tidak berpuas hati. Aku tau layanan aku tidak seperti orang lain. Namun, itu hanya rintihan dalam hatiku. Adakah dia bahagia denganku atau dia lebih bahagia dengan dia? Ya Allah, aku tidak mahu menyebut kata2 itu. Sekiranya dia dapat menerimaku, pertahankanlah dan lembutkanlah hatinya.

Moga aku dan dia diberi kekuatan membesarkan anak dalam kandungan ini..apa namanya ye?;)
Aku mahu serahkan padanya sahaja, namun aku akan bagi cadangan nama2 yang baik..hihi
Aku menyintaimu suamiku.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...