CauRaGe iS NoT tHe aBseNce of fEaR, bUt RatHer tHe JuDgeMenT tHat SomEtHinG eLsE iS MoRe ImPoRtaNt tHaN FeAR.
RSS

Thursday, December 12, 2013

Kebahagiaan Kau dan Kebahagianku

Di sini
aku melihatmu
Diriku dekat denganmu
Jasadku sebumbung denganmu
Tidak seperti dulu
Namun jiwa kita tetap tidak bersama

Kau terasa sunyi..Terus mengingati kenangan lama
Yang aku sendiri tegahkan..Jika ingin bersamaku

Namun aku sedar...Aku tidaklah sesempurna mana
Memberi segala perhatian..Terhadap dirimu cinta

Menyebabkan..Kau mula mengingat
Segala kenangan lama..Di seberang sana..
Adakah mereka sahaja yang boleh menghilangkan kesunyianmu?

Kini,
Walaupun kau melayanku baik, Walaupun kau bersamaku selalu,
Baru kusedar, kau tetap sunyi..
Aku menyediakan sesuatu untukmu..Namun Kau tetap sunyi..
Fikiranmu tetap disana sayang

Apakah dayaku..segalanya telah ku cuba..
Namun tetap masih banyak yang tidak kena
pada pandangan matamu

Aku tidak ingin menghalang
Kerana aku tau..aku tidak berdaya menghalang
Hanya mampu merintih di dalam hati
Hanya mampu memandangmu dari ekor mataku
Aku tidak dapat mengisi kesunyianmu

Tingkah lakumu..Aku tau perubahan itu..
Namun..aku terus membuang pemikiran negatif itu
Apabila kamu menolak ajakanku
Terlalu optimis menyebabkan aku makin tidak memahamimu..
Apakah yang kau fikirkan sayang?

Sejak kebelakangan ini..Aku terpaksa berfikir...
Jalan hidupku kelak tanpamu..
Jika kebahagianmu bukan denganku..
Kau lepaskan aku..

Namun..aku minta belas kasihmu sayang..
Janganlah kau ambil kebahagianku yang seorang ini..
Dia yang ku kendong selama 9 bulan..
Hanya dia tempat aku mencurah kasih sayang..
Kau masih ada tempat untuk mencipta kasih sayangmu..
Aku hanya ingin dia..
Aleesya Zahraa


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...