Sunyi?
Kenapa masih terasa sunyi
jika ada kekasih hati
Apa yang kurang pada buah hati
Sehingga terasa sunyi menyelubungi
Jauh...
Hanya alasan bagi yang tak mensyukuri
Kerana hati masih tidak puas dipenuhi
Mulut..
Berkata tak apa
Hati kata sebaliknya
Mula mencari pengganti
Demi hati yang seringkali sepi
Atas alasan sunyi
Teruskan tanpa peduli
Pada hati yang tidak mengetahui
Dan mula mempercayai
Sahabat berkata dia sunyi
Lalu mencari
Menyalahkan hati ini
Yang sekian lama mempercayai
Atas alasan sunyi
Demi melepaskan diri
Hati menangis lagi
Mendengar perkataan diungkapi
Menyedarkan diri dan menyalahkan diri
Tak dapat mengubati
Sunyi orang yang dicintai...
Kurangnya diri
Terasa ingin menyendiri
Mengubati sendiri hati ini
Terlalu pantang mendengar sunyi
Itulah penyebab peretakan kami
Isilah hati yang sunyi
Dengan isian rohani
Demi hubungan yang diredhai..
Tuesday, March 26, 2013
sunyi
Labels:
Liku KeHiDupaN,
MerepeK
Published with Blogger-droid v2.0.10
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment