CauRaGe iS NoT tHe aBseNce of fEaR, bUt RatHer tHe JuDgeMenT tHat SomEtHinG eLsE iS MoRe ImPoRtaNt tHaN FeAR.
RSS

Sunday, January 8, 2017

AYESHA ZAHRA BINTI SOBIRIN


Ini anak aku yang ke-2. Ayesha Zahra Bt Sobirin.
Lahir satu hari lewat daripada Harith, Anak Hasleena Ramlee ; kawan sekelasku semasa Sek Teknik.
DOB: 2nd May 2015, sehari selepas hari buruh.
Tempat lahir: Hospital Umra, Syeksen 13, Shah Alam.

Mengenangkan semasa aku mendapat berita kewujudan srikandi syurga ini, aku sangat happy (mmg aku rancang untuk sebaya dengan anak kawan2:Shuhadah, hasleena), dan agak kaget sebab aku masih belum bersedia untuk menguruskan 2 orang anak kecil dalam satu masa. Masa tu Alesha baru dalam 7 bulan! Namun, aku gagahi dan berfikiran posotif terhadap aturan Allah S.W.T. Dia tahu aku bersedia masa tu kan?

atau DIA pinjamkan aku untuk tujuan tertentu...

Dan...

Jawapannya terjawab. Aku redha dengan qada DIA. anakku hanya dipinjam-NYA sementara. Sebab musabab sebenar, aku tak ingin tahu. Biarlah menjadi rahsia DIA, aku takut untuk tahu apa yang sebenarnya berlaku. Masih segar lagi senyumannya, pelukannya..Dah-jangan dikenang orang yang dah tiada.

________________________________________________________________________

Senang aku melahirkan dia..
pada pagi 2nd May 2015, aku berasa sakit yang pelik. tepat 12.30pm, aku mula xtahan..semacam dah ingin beranak..tanda2 sudah kelihatan. kesakitan lagi teruk daripada senggugut.seperti ingin pengsan. Namun aku gagahi untuk mandi dan membersihkan apa yang patut sebagai persediaan bersalin. Sebeelum mandi, aku text suami untuk segera pulang.

2pm:
Suami di rumah..bersiap2 terus bertolak ke UMRA hospital di shah alam. Nasib kena tengah hari..malam tu ada bola pulak..harus branak dalam kereta kalo kena sakit malam.

2.30pm,
Aku sampai di UMRA, terus ke kaunter..'Saya dah nak bersalin!'
Doctor di bilik berdekatan dipanggil dan di 'cek'.
Kemudian aku dicucuk dengan jarum ntah pape n disorong ke bilik bersalin!
Aku perlu makan ubat berak untuk mencuci usus sebelum beranak.
Time tu ALLAH sahaja yang tahu..nak beranak n nak kena berak!

3-3.30pm (rasanya la..)
Lepas selesai procedur2 berak, cucuk ubat tahan sakit aku rasa la..aku ditemani seorang jururawat untuk memerhati keadaan aku..Doktor yang bertugas pada masa tu memerhati 3 bilik sekali gus..Nasib baik aku dulu yang keluar..Suami aku kelam kabut uruskan Alesha Zahra yang meragam n uruskan bilik aku nanti..(kasihann)..

Kemudian..Uwaaaa!!!nyaringnya sampai ke bawah..Anakku sudah lahir..sangat senang! tapi 6x teran jugakla..haha..xmacam Alesha..sampai 2 vacumm kena pakai..haha..

_________________________________________________________________________

Pemergianmu adik,
Ibu berjanji akan kuat.

Ya Allah,
Kurniakanlah pengganti pada masa yang tepat.
Amin..

Damai kamu disana sayang,
AYESHA ZAHRA BT SOBIRIN

blob:https://www.youtube.com/0928bf43-9cc0-4f59-a2a4-e77518e0355b

https://goo.gl/photos/WCTTh6s5F5KsVvpC7


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday, October 26, 2015

Cinta yang Terakhir Buatmu

Bukan untuk yang pertama
Ku rasakan cinta yang menghilang
Bukan untuk yang pertama
Ku rasakan rindu yang menggebu

Dan ku berharap
Semua ini takkan berakhir lagi

Aku akan selalu berada dekatmu
Takkan pernah ku jauh
Dan semoga selalu bersemi di hati
Cinta yang terakhir

Semalam ku memimpikan
Berdua mengarungi samudera
Saling berbagi bahagia
Dan berjanji untuk setia

Dan ku berharap
Semua ini takkan berakhir lagi

Aku akan selalu berada dekatmu
Takkan pernah ku jauh
Dan semoga selalu bersemi di hati
Cinta yang terakhir

(Aku akan selalu berada dekatmu
Takkan pernah ku jauh
Dan semoga selalu bersemi di hati
Cinta yang terakhir)

Aku akan selalu berada dekatmu
Takkan pernah ku jauh
Dan semoga selalu bersemi di hati

~Hanya Kamu suamiku

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, September 23, 2014

Alamak!!! accident pulak!!!

Nah...mesti ande2 semua tertanya2 ape pulak entri kali ni aku nk mengarut eh...hadoiii...aku pn da tahap bosan ni..pikiaq2...ni je la ms ntuk aku blogging..kehkehkeh...

apa maksud tajuk aku tu???? jeng..jeng...

Bak kata org..rezeku jangan ditolak..huh?? apekah?

aku mengandung lagi!!!adoiiii...happy? cuak? melalui pembacaan aku..erasaan pertama tu la perasaan yg sebetulnya...perasaan yg datang selepas tu adalah bisikan syaitan laknatullah belaka-belaka..huh??

Yes...aku menulis ni sbb perasaan yang laknat tu cucuk-cucuk la nih...aigooo...

At 1st impression..yesss im vary happy when i know im pregnant! but...then come bisikan2 xelok...alesha lagi..1st baby baru 7month...how u want to adapt to this situation? see what happent to your beauty? to your body? oh no!! strech sana...strech sini...erkkkkk.....(pengsan).

Wei sis! wake up!!
Allah here for you!

He now what hes doing.
think positif k?
Think when your child smile...like alesha...kikiki...wargh...now datang pengalaman nak beranak...huhuhu...just bersabar...sakit belakng...sabar...bnyak sangat dosa nak ampun ni..kang best jadi ibu...
setiap kesakitan...setiap perit jerih...pahala yang kamu dapat..

insyaallah...
xramai dapat pengalaman begini...
get prepare adilah!!

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, August 13, 2014

resipi soto mak esah idris

Tiap2 raya mesti kami sefamily mkn ni..mklumlah abahnye org johor...even mknan ni adalah rutin di joho..tp kami yg duk di perantauan jadikan dia menu wajib dipagi raya la...tapi lately mak dah xmasak..biasalah..anak2 masing2 dah bernikah..dia pulak makin hari makin uzur..kuderat dia mmg xcukup nak buat sorang2 memandangkan anak2 ambik turn masing2. Nasib baik la akak hanisah hashir sempat khatam resipi mak ni..nak harap aku...blaja separuh je...sbb balik2 time nk buat mesti mak suruh aku kacau rendang  n yang tlakarnya akak aku ckp aku yg kena duk atas kerusi depan dapur sambil kacau rendang sampai kui 2-3pagi..xberganjak plak tu...kalo suh kacau itu la respon aku...xbuat dah bnda lain..n aku pn silap2 tertido depan tu...terkenang lak kisah masa bujang2...ahhaa...

Berbalik pada resipi soto..nah ambik kau!! terkulat2 ni nak buat sorg2...even husband xmkn soto..aku gigih n paksa makan gak sbb dah lama xmakan..huuu..

Yang istimewanya dia lain sikit drp yg kat kedai tau...biasalah..nama pun soto mak esah..


Bahan2:
1 ekor ayam
2 btg serai gemuk diketuk
3 inci halia
4 beradik (1 kayu manis,2 bunga lwg,4 buah pelaga,3 cengkih)
5 ulas bawang putih
6 ulas bwg merah
2 bunjut sup adabi
1 pokok daun sup
Bwg goreng
1 cwn kcg tanah.goreng dlm minyak.jgn lama.hangit
Taugeh di celorrr
1 peket nasi himpit nona

Bahan utk smbal kicap;
Tumbuk 2 ulas bwg putih..10 lada kecik.perah limau skit.ltok kicap...

Cara2 masak sup;
1.blender bwg..halia..
2.tumis bhn 4 smpai wangi.tumis bhn blender.
3.letok air....air mndidih tepi2 ye...ltok ayam
4.letok bunjut..serai.
5.letok garam..gula.biar lamaaa ayam msk.
6.tabur daun sup n bwg grg sikit je.bg wangi
7.ayam hok isi.perelai.
Hidang seciput2.asing2kn.mesti ada..
-ns impit
-smangkuk sup
-ayam hok carik2
-daun sup
-bwg grg
-smbal kicap
-kcg grg
-taugeh celorr

Nak tahu rupa yang aku masak? Tungguuuuuuuuuuuu...

haaaa..ni je yg sempat snap...yg dlm pinggan xsmpat nk snap...semua pulun sampai licin..kuikui

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thursday, June 12, 2014

Kuih Semperit (Senang masak, cair dimulut)

Hak ni aku dapat drp blog KASIHQU QUINNIE. Resipi ni banyak skit bahan dia sbb nak lg sedap kottt..
Bak kata pemberi resipi..nampak keras diluar tp cair dimulut.kikiki...
Ciri2:
1. tak terlalu rapuh bila masak, so boleh angkat tanpa merosakkannya.

Semperit bunga


Bahan2

1 buku buttercup  -saya guna planta 250gm
3/4 @ 1 cawan gula halus boleh juga gula aising, -saya guna gula icing
1 bji telur kuning,
1 sudu teh esen vanila.

1 cawan tepung ubi,*
2 cawan tepung kastad,*
2 cwan tpg gandum *( ayak semua tepung*)

ceri utk hiasan
sedikit pewarna hijau dan merah 


Cara2

1. mula2 pukul gula dan planta hingga kembang...kemudian masukkan telor kuning dan esen vanila...pukul sekejap je..janji sebati.....


2. kemudian masukkan tepung2 yg telah diayak....gaul sebati guna tangan...buat hingga menjadi doh. doh tak terlalu lembik dan tak keras...pandai2 la agakye....kalau doh lembik tambah tepung gandum lagi...kalau doh berderai..tambah lagi planta...kemudian bahagi 2 doh dan letak satu pewarna hijau dan satu pewarna merah. uli hingga warna rata. rehatkan doh dlm 15 minit kemudian baru leh terap.

3. panaskan oven suhu150c...kemudian terapkan doh atas dulang..saya guna non-stick nya dulang..so tak yah sapu planta kat dulang tu...tapi kalau guna dulang biasa..sapu rata planta atas dulang.

4. paip doh guna acu samperit....yg bhgn bawah tu saya guna acu samperit....yg atas tu guna nozle tuk buat icing so saiz dia kecik skit la yg kat atas tu....ikutla nak letak warna mana yg kat atas dan mana yg bawah....nak buat sebelah merah sebelah hijau cam rabia buat pun cantik jugak.

5. dah siap paip penuh dulang....letakkan ceri kat atas dia....kemudian bakar...biar oven tu panas 20m dulu then baru leh bakar....saya bakar lebih kurang 15-20 minit....biskut ni sedap kalau bahagian bawah dia tak hangus sgt...pandai2 la adjust ikut oven masing..:)

(nota: biskut lebih rangup kalau guna planta atau margerin dari guna butter...tapi kalau suka butter apa salahnya kan..ikut selera....masa saya buat ni..stok tepung kastard saya hanya ada 1/2 cawan jek..jadiknya saya tambahkan lagi 1 1/2 cawan tu guna tepung jagung...dia kalau guna tepung kastard sepenuhnya lagi wangi la biskut nih sebab bau tepung kastard tu...tapi kalau nak ganti dgn tepung jagung pun boleh..sama je sedapnya...)

Resepi asal: Fb Nazian Nazir dan kak Busu Shamsiah

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Semperit Rangup (Simple resipi)

Semperit papan

Bahan-bahannya:-

1 cawan gula halus
1 cawan tepung custard
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung @ tepung kanji
1 cawan mentega yang dipanaskan
Telur ikut kesesuaian,Kalau doh dah lembut dan ok,masukkan telur anggaran 1 ke 2 biji sahaja
Manik warna untuk hiasan

Cara Membuatnya :

Semua dicampur, gaul sampai sebati, canai, terap ikut acuan,
Hias dengan manik gula atau ikut cita rasa.

Bakar hingga kekuningan  15-20 minit , 180 C.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thursday, December 12, 2013

Kebahagiaan Kau dan Kebahagianku

Di sini
aku melihatmu
Diriku dekat denganmu
Jasadku sebumbung denganmu
Tidak seperti dulu
Namun jiwa kita tetap tidak bersama

Kau terasa sunyi..Terus mengingati kenangan lama
Yang aku sendiri tegahkan..Jika ingin bersamaku

Namun aku sedar...Aku tidaklah sesempurna mana
Memberi segala perhatian..Terhadap dirimu cinta

Menyebabkan..Kau mula mengingat
Segala kenangan lama..Di seberang sana..
Adakah mereka sahaja yang boleh menghilangkan kesunyianmu?

Kini,
Walaupun kau melayanku baik, Walaupun kau bersamaku selalu,
Baru kusedar, kau tetap sunyi..
Aku menyediakan sesuatu untukmu..Namun Kau tetap sunyi..
Fikiranmu tetap disana sayang

Apakah dayaku..segalanya telah ku cuba..
Namun tetap masih banyak yang tidak kena
pada pandangan matamu

Aku tidak ingin menghalang
Kerana aku tau..aku tidak berdaya menghalang
Hanya mampu merintih di dalam hati
Hanya mampu memandangmu dari ekor mataku
Aku tidak dapat mengisi kesunyianmu

Tingkah lakumu..Aku tau perubahan itu..
Namun..aku terus membuang pemikiran negatif itu
Apabila kamu menolak ajakanku
Terlalu optimis menyebabkan aku makin tidak memahamimu..
Apakah yang kau fikirkan sayang?

Sejak kebelakangan ini..Aku terpaksa berfikir...
Jalan hidupku kelak tanpamu..
Jika kebahagianmu bukan denganku..
Kau lepaskan aku..

Namun..aku minta belas kasihmu sayang..
Janganlah kau ambil kebahagianku yang seorang ini..
Dia yang ku kendong selama 9 bulan..
Hanya dia tempat aku mencurah kasih sayang..
Kau masih ada tempat untuk mencipta kasih sayangmu..
Aku hanya ingin dia..
Aleesya Zahraa


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...