Sepertinya satu latihan untuk bermadu pulak Tersenyum sendiri Alya rasakan apabila itu yang difikirkannya tadi. Lelaki itu ingin dia menghulurkan salam perkenalan namun dia hanya meminta maaf..tetapi sebaliknya wanita itu menghubungi untuk menghulurkan salam perkenalan..seperti dilatih dari awal untuk menghadapi saat2 bermadu..oh..negatif fikirannya sekarang..Namun Alya perlu belajar menerima kehadiran sesiapa saja dalam hidup lelaki itu..demi melengkapi hidup lelaki yang dicintai..
Saturday, December 29, 2012
Hati yang di Sayangi

Monday, December 24, 2012
Sayang apa kabar denganmu
Skrip 1:
Kalo ko tak berubah, knp ko xmove on je...xpayah couple boleh tak..just kawan? lagipun target ko makin menghampiri..ko da xcukup masa dah ni..
Tapi dia xnak berpisah ngn aku..kalo dah berpisah...dia xnak return balik..aku nak pisah bukan sbb aku ada org lain tapi aku nak selami balik sapa diri aku..apa yang aku nak sebenarnya..aku xnak lagha..tapi aku xsanggup nak pisah terus ngn dia..
Tapi bukan ko ada orang lain pun..ko just nak berubah....kalo mcm ni gaya..hot temper ko pun makin menjadi2..marah ko xkan berkurang..ko kena jadi mcm dulu...baiki diri ko dulu b4 ko baiki diri dia..
Aku bkn nak baiki sgt dia tapi aku takut dia hilang dalam hidup aku lagi skali...dia ngn aku tapi keseronokan dia ngn orang lain..
So mcm ni jela..ko biakan jela apa yang dia suka..dia suka layan gal..ko follow jela...reda jela..think positif..tapi kalo dia berbelit2..dia mkn diri sendiri..percayalah..kalo da takdir dia msg2 then dah jatuh hati lg..ko biakan jela..ko xboleh paksa2 orang untuk terus sayangkan ko...time tu ko terima la takdir yang dia bukan untuk ko..
So kalo aku dah kawen ngn dia then dia jatuh hati ngn org lain..ko ada xpikir diri aku ke??
Dia pernah kata kalo xnak kat dia ,aku kena buat dia smpi sakit hati sangat2 tgk aku ngn laki lain..masalahnya aku yang sakit hati tgk dia mcm tu...lagi2 ex dia tu..huhu..
Hurm..Alya...cuba ko pikir..da la famili ko mcm tu...ngn kawan2 dia pun dah xda muka..ngn famili dia lagi la..mcm mana ko nak hidup ngn dia...mmg la dia cakap famili dia terima ja..tp ko pikir la lojik akal...ko betul2 kena tebalkan muka kalo ko sayangkan dia..Hurm aku xtau la ko boleh kawen tak..tapi aku just bagi apa yang aku pikir..keputusan ditangan ko..
Kebahagiaan hanya sekali..ko kena bezakan kebahagiaan sebenar n kebahagiaan palsu..Bialah ko sorang pun asal xde orang menyakiti n merampas apa2 yang ko sayang lagi..ko sayang hati ko kan?
Tapi aku pun sayang dia..
Ko jeke yang kena sayang dia? ko jeke kena ikut dia?? Kalo ko sayang dia..ko biakan ja dia pilih kebahagiaan dia..bukan melalui mulut n keputusan dia..ko tgk kelakuan dia..mana dia lebih cenderung..then ko akan tau dia lebih bahagia ngn siapa..then ko kena accept jela..
Hurm..aku tak tau..kalo aku ada anak..aku xakan bia couple lama2..aku akan ada anak ke? huh..kalo aku kawen....-psycho-
Saturday, December 22, 2012
To people i cannot separate
i've try to be fren with u but then u take 'it' from me.
i try to accept the name of 'friend' from both of u, but then u become more than 'friend' to 'it'..
i've try to smile and pretend ''it is doesn't matter'' when c u and 'it' have private conversation (when u told me there r no private b'wen u n me, if i do that, i'm wrong) but then i found 'friend' love u..then u told me "U r wrong!"
Then, u become angry when i ask about it..
So how can i trust the name of 'friend' from ur understanding?
I dont wat to push u become other people...but only keep ur promise
I just follow what u told me..I'm a 'straight' person..
I dont want to play like this..this is not a game...
Saturday, November 24, 2012
Sesuatu yang dicari..
Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu'anhu telah berkata:
Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S.A.W yang mana dia telah menyatakan tujuannya :
"Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan sempurnakan diriku di dunia dan akhirat."
Maka baginda S.A.W telah berkata kepadanya :
"Tanyalah apa yang engk
au kehendaki"
Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim
Baginda S.A.W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya
Baginda S.A.W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil
Baginda S.A.W menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik
Baginda S.A.W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah
Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku
Baginda S.A.W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna
Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik)
Baginda S.A.W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsini
Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat
Baginda S.A.W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat
Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa
Baginda S.A.W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa
Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya
Baginda S.A.W menjawab: Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya
Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat
Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan) segala dosamu
Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia
Baginda S.A.W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia
Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa menyerah diri ( tawakkal ) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia
Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya
Baginda S.A.W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh mereka
Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya
Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku
Baginda S.A.W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya
Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat
Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?
Baginda S.A.W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan
Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala )
Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan
Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?
Baginda S.A.W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang
Dia berkata: Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?
Baginda S.A.W menjawab : Sabar di dunia dengan bala dan musibah
Telah berkata Imam Mustaghfirin:
"Aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanafaat
selain hadis ini...."
Kesempurnaan diri muslim - Hadis Munthahharah
Friday, November 23, 2012
Gaza Issue..How about us in Malaysia?
Wanita di Gaza diperangi kerana agamanya..mata kasar melihat betapa terseksanya dia..namun sejak Gaza diserang...hatiku terdetik..bertuahnya wanita2 itu...air mata mereka..air mata kegembiraan..kenapa? mereka mati dalam keadaan syahid..mempertahankan tanah air sendiri..mati syahid kerana memperjuangkan agama islam..mereka menangis kehilangan ahli keluarga namun kegembiraan kerana keluarga mereka disayangi Allah...
Di Malaysia? adakah kita disayangi? kenapa wanita seperti aku tidak bersyukur? kenapa hati sedar tapi tidak dapat melaksanakan apa yang disuruh sepenuhnya? kenapa kita lebih kepada mengikut hawa nafsu n membiarkan Yahudi menakluki kita? kenapa kita tak berperang rohani untuk kemenangan jika tak mampu berperang depan2? kita kalah dengan Yahudi sbb? sbb kita akur dengan dunia Yahudi..mereka tak perlu memerangi kita..sebab? sebab kita bukan menjalani sepenuhnya kehidupan mengikut alquran dan as sunnah..dendam sana sini..porak perandakan kehidupan orang...hati busuk..kenapa? salah satu sebab adalah kita tak jaga makanan! mcm mana nak jaga makanan kalo kehidupan sosial tidak dijaga?
Aku tak sebaik wanita di Palestine..juga tak sebaik wanita Islam..namun aku sedar...susahnya untuk menjalani kehidupan beragama...sangat susah! Saban hari..perlu berperang dengan diri sendiri..dengan nafsu sendiri..nak itu..nak ini..juga berperang dengan manusia sekeliling...hai..apakah yang terbaik? semua dah ada di dalam alquran..namun untuk melaksanakannya..cukup perit...namun..itulah...selepas melakukannya..kebahagiaan yang dikecapi tidak tergambar melalui wajah yang berseri2..mata yang bersinar dan senyuman yang menenagkan..itulah yang dicari....
Sejak dulu aku mencari persoalan2 yang merumitkan kepala otakku...
Wednesday, November 14, 2012
E-R-T-I S-E-J-A-T-I
Monday, November 12, 2012
Pancake
Aku nak try wat ni pulak..kena beli pan yang kecik la ye..huhuhu
Bahan-bahan ( lebih kurang 8 biji )
- 115g Tepung Gandum
- 1 sudu kecil (5ml) Soda bikarbonat
- 1 sudu kecil (5ml) Krim tartar
- 25g Butter
- 1 biji Telur
- 150ml Susu Segar
- 1 sudu besar Gula
- Secubit Garam
Cara-cara
- Campurkan tepung dan soda & krim tartar - kalau rajin ayaklah (Along selalu nya gaul je, malas nak ayak)
Saturday, October 27, 2012
Masa Depan Alya~Gelap
Sunday, October 14, 2012
Perjalanannya ke arah Ikatan itu
Monday, September 3, 2012
Resipi Sotong Bakar
- bersihkan sotong sampai pucat lesi... kelar perut dia (jgn sampai putus)
- gaulkan sotong dgn garam + kunyit debu cap Babas + bwg putih 2 ulas & sedikit halia(ditumbuk)
- pastu bakarlah atas pan... letakla minyak sikit (aku pakai minyak zaiton)
- ni aku nyer proses pembakaran:~ panaskan pan > bentang daun pisang (aku x balut sebab nak suruh sotong tu kering - teori sendiri, xder fakta yg sahih) > susun sotong kasik beratur secara sopan > titikkan minyak zaitun > balikkan2 sotong > bakar dgn api sederhana sampai masak. nak guna aluminium foil pon boleh, cuma yg best guna daun pisang ni wangi sketla...
Owoh...daun pisang tak dok!!!
Monday, July 23, 2012
Resepi Kuih Talam Ubi
ni aku copy and paste je ni..hehe

Bahan-bahan:
Lapisan bawah :
1 kg ubi kayu (kisar, tapis & buang air tapisan)
3 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
Lapisan atas :
1 cawan tepung beras
4 ½ cawan santan pekat
1 sudu teh garam
Cara Penyediaan:
Lapisan bawah :
Panaskan kukusan.
Masukkan gula merah, gula pasir, daun pandan dan air ke dalam periuk kecil. Masak hingga mendidih dan gula larut sepenuhnya.
Ambil ubi dalam tapisan dan gaulkan dengan air gula yang telah disediakan. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak anggaran selama ½ jam.
Lapisan atas :
Bancuh semua adunan untuk lapisan atas. Tapis dan masukkan dalam periuk kecil. Masakkan sebentar atas api. Kacau selalu supaya tidak berbiji-biji. Tutup api.
Cakar-cakarkan sedikit lapisan bawah dan tuang adunan lapisan atas tadi. Kukus
semula selama ½ jam.
Sejukkan dan potong. Sedia untuk dihidangkan.
Larang Lakukan Seksaan Bunuh Binatang
Bersama : Ustaz Zahazan Mohamed
SAYA selalu menangkap tikus menggunakan perangkap besi. Kerana takut digigit, saya lazimnya membunuh tikus berkenaan dengan menyimbah air panas atau menenggelam tikus itu di dalam baldi dipenuhi air. Apakah perbuatan saya ini berdosa?
AH,
Kuala Lumpur. IMAM an-Nawawi rahmatullah alaih meletakkan satu tajuk di dalam kitabnya Riyadus Solihiin iaitu: Pada menyatakan haram menyeksa binatang dengan api. "Sesungguhnya Allah SWT sudah menetapkan agar berlaku ihsan kepada semua. Apabila kamu hendak membunuh, maka perelokkanlah cara membunuh dan apabila kamu hendak menyembelih, hendaklah perelokkan cara menyembelih..."
Riwayat Muslim Di antara hadis yang terkandung dalam tajuk itu ialah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, daripada Abu Hurairah yang berkata, Rasulullah SAW pernah mengutus kami dalam satu pasukan dan Baginda bersabda, Apabila kamu sekalian mendapatkan Fulan dan Fulan iaitu dua orang Quraisy yang Baginda sebutkan namanya, maka bakarlah dengan api. Kemudian ketika kami hendak berangkat, Baginda bersabda, aku tadi menyuruh kalian untuk membakar Fulan dan Fulan, tetapi sesungguhnya tidak selayaknya menyeksa dengan api kecuali Allah SWT. Oleh itu, apabila kamu menemui kedua-duanya, maka bunuhlah mereka. (Riwayat al-Bukhari no.2853)
Begitu juga sebuah hadis riwayat Abu Daud, daripada Ibn Masud, beliau berkata: Ketika kami bersama Rasulullah SAW dalam satu perjalanan dan Baginda berhajat (ke belakang), tiba-tiba kami melihat seekor burung yang mempunyai dua anak, kemudian kami mengambil kedua-dua anaknya itu, lantas ibunya datang dengan terbang berputar-putar. Kemudian Nabi SAW datang dan bersabda, Siapakah yang mempermainkan burung itu dengan mengambil anaknya? Kembalikan anak burung itu kepadanya.
Baginda melihat ada sarang semut yang kami bakar, kemudian Baginda bertanya, Siapa yang membakar sarang ini?Kami menjawab: kami. Baginda bersabda: Sesungguhnya, siapa pun tidak layak menyeksa sesuatu dengan api kecuali Tuhan api itu sendiri. (Riwayat Abu Daud no.6277)
Kesimpulannya, jika saudara hendak membunuh haiwan itu, carilah cara yang boleh mematikannya dengan cepat dan tidak menyeksa.
Ini kerana Allah SWT sudah memerintahkan agar berlaku ihsan pada makhluk-makhluk-Nya sebagai mana sebuah hadis, daripada Syaddad bin Aus, daripada Nabi SAW bersabda, Sesungguhnya Allah SWT sudah menetapkan agar berlaku ihsan kepada semua. Apabila kamu hendak membunuh, maka perelokkanlah cara membunuh dan apabila kamu hendak menyembelih, hendaklah perelokkan cara menyembelih (Riwayat Muslim no.5167). Wallahualam.
Saturday, May 5, 2012
Sepanjang Hidup - Maher Zain
Its my 5th anniversary with him...(Pejam celik..pejam celik..da 5tahun dah...)
I never believe,
My love for him until this time
Always will...
Sunday, April 22, 2012
Definisi Ketua Keluarga
" Setiap lelaki pasti ditanya tentang kepimpinanya. Dan kepimpinan yang pertama akan dipersoalkan di Hari Akhirat nanti, bukan kepimpinan masyarakat, organisasi, jabatan, kabinet atau negaranya… tetapi kepimpinan dalam keluarganya.
Seorang wanita mudah masuk ke dalam syurga walaupun tanpa suami bersamanya, tetapi seorang lelaki sangat sukar masuk ke syurga tanpa isterinya. Seorang suami hanya layak ke syurga apabila semua yang berkaitan isteri dan anggota keluarganya sudah dipersoalkan."
Wednesday, April 4, 2012
Perlu Tahu Makanan Kucing
Terfikir nak buat post ni. Alang2 search supplier makanan kucing n makanan terbaik...better terus je post..2 keja dalam satu masa kan senang.....skg aku menjadi bidan terjun sepenuh masa sampai 6hb April 2012..about 1 month la...jaga 'anak2' orang sebanyak 5 ekor dan ibunya sekor...Disebabkan tuan empunya dah menjakan kucing2nya...(xpandai makan nasi..keropok) kena la aku belikan makanan kucing. Pada mulanya aku beli whiskes tp nampaknya taik dorang kurang memuaskan la..mcm cirit birit..makan pun tak habis walaupun kesemua berjumlah 6 ekor...agaknya xsesuai la tu..
Saturday, March 17, 2012
Jason Mraz - I Won't Give Up (Lyric Video)
Thursday, February 9, 2012
berita dia
Alya termenung selepas membaca msg yang memasuki inbox Sony Ericssonnya. daripada orang yang dia sayang...Muhammad Syakirin. Disangka bakal suaminya berpindah ke semenanjung bertugas di area KL tetapi berita itu tidak terjangka olehnya. gelak tawa rakan sekerja hanya dilayan dengan sebuah senyuman..bagaimana dengan family Syakirin? anak menakan kesayangan dia, Siti? dan juga Alya?
Kemudian dia teringat akan niat Syakirin. Niat yang pernah disuarakan oleh orang yang disayanginya itu..dia kemudian tersenyum....
Inilah jalan yang Allah bagi untuk dia. Jalan inilah yang Allah s.w.t pilih untuk kebaikan semua pihak...Banyak hikmahnya dia dihantar ke sana...Terengganu..kampung Alya...Alya merasakan dirinya dan diri Syakirin disayangi..juga berkat doa seorang ibu...Tiba masa untuk Syakirin mengenali keluarga Alya.
Alya berharap hari2 seterusnya...dugaan akan datang..akan dapat dihadapi...dia juga tidak menolak sekiranya apa yang disangka tidak menjadi...soal jodoh..dia berserah.