CauRaGe iS NoT tHe aBseNce of fEaR, bUt RatHer tHe JuDgeMenT tHat SomEtHinG eLsE iS MoRe ImPoRtaNt tHaN FeAR.
RSS

Saturday, October 27, 2012

Masa Depan Alya~Gelap

                                         


Alya terpana…kata putus penuh kekerasan yang diucapkan oleh orang yang ditakuti itu membuatkan masa depannya gelap gelita..”Papa xnak jumpa!” ..terus papa keluar rumah..

Ibu terduduk. Seperti biasa hanya mampu mengalirkan air mata dan meluahkan ‘Ibu dah tak tahu macam mana nak lembutkan hati papa kau Alya..keras sangat…Semua orang masjid dia ‘pulaukan’..sampai sanggup xp masjid sebab tak ngam ngn orang sana..kawan2 dia tu lah..yang suka sogok dia..yang puji dia..tu la kawan dia..sape yang tegur..sapa yang tak ikut cakap dia..semua musuh dia..’

Alya hanya mendengar…fikirannya Cuma satu..apakah nasibnya? Apakah yang perlu dia lakukan untuk kebaikan semua? Dia xsanggup untuk melihat ‘tetamu istimewa’ yang dia undang kerananya di’salak’ macam yang dilakukan pada abg iparnya.. Tetamu tak berhak dilayan begitu..even siapapun dia…dia tetap tetamu…Adakah dia perlu tunduk dengan perangai tak waras bapanya dan meninggalkan semua orang yang disayanginya? Datuknya..makcik dan pakciknya…kakak kesayangannya..abangnya…dia terlalu rindukan kehidupan kekeluargaan…namun itu semua hanya dapat didengar melalui suara mereka di corong telephone..

‘Papa kau tak mcm orang lain Alya..Ibu lega sangat kakak lepas..abang kau pun lepas..kau saja lagi..ibu tak tahu kenapa papa nak simpan kau..sampai bila dia nak simpan? Kalo ibu nasihat, dia ibu yang kena sakit…’..Ibu mengalirkan air mata lagi.. Alya menahan sebak mendengar suara ibunya..air mata ditahan daripada mengalir daripada kolam air mata..’Kau jangan menangis didepan ibu kau Alya! Kau kena kuat!’.
Otak Alya ligat memikirkan jalan penyelesaikan..biasanya apa jua masalah yang datang, dia tenang mencari jalan..Namun hal ini..hal ini terlalu rumit dirasakan…”tak kan aku nak menjadi andartu semata2 nak jaga hati papa aku?” Bisik hati kecilnya…

Dia mula berfikir jalan yang tak normal…”tak kan aku nak buat mcm tu …kawin lari?? Gila kau! Lepas la nanti..nanti apa kata keluarga mertua kau? Apa layanan family mertua kau nanti? Tapi kalo aku kawin ngn orang lain pun..sama juga situasinya…tak kan aku nak tunggu smpai lembut? Kalo tunggu..mmg kau tak kawin la Alya…Mak dah bertahun tunggu hati papa lembut….tapi..sakit yang diterima..Papa tak berperikemanusiaan!!”

Alya ingin kawin…Alya penat melayan sikap papanya yang sifat kebudak-budakan tu..Alya seboleh2 melayan papanya dengan baik..”Alya…dia tetap papa Alya kan?” so, Alya mesti layan dia dengan baik..”..”Alya, balik la..diorang mesti tunggu”. Alya ingat pesanan dia..Pesanan Syakirin semasa mula2 dia mengenali lelaki itu di Universiti..Dalam geram Alya lembutkan hati..pikirkan bukan dia saja hadapi situasi begini..anggap normal..Namun, papa xdapat menerimanya…

Ibu menyambung lagi..”Papa kau kalo orang tersalah menyakiti hatinya..siaplah orang tu..sampi sudah papa xkan maafkan..papa kau pendendam orangnya..tengoklah satu2nya jiran kita…Abi hanya gurau sal bumbung rumah je masa abang kau nak kawin tu..dia terus tarik muka..smpai sekarang tak tegur..malu ibu kat semua orang..besan ibu kat pahang..ibu malu masa papa kau mcm kena rasuk menengking akak kau..depan bakal pak mertua abang kau..jiran2 besan dengar..papa xpernah piker perasaan orang lain..raya pun papa xnak jumpa family..Ibu dah xda sapa nak luah..ibu terseksa Alya..Zahir batin ibu..anak2 ibu..tak dapat ibu jumpa..famili ibu..semua dia tak suka..Ibu kadang terfikir..lebih baik ibu duk sorang daripada duk ngn dia..” Alya sudah tidak dapat menahan lagi sebak didadanya.

 “ibu..papa naik tangan lagi sekarang?” tiba2 Alya bertanya..ntah kenapa dia bertanya itu..ingatan dia semasa kecil2 bermain2 dikepala..ibu termenung lama..ingin mencari jawapan terbaik agaknya..”Sekarang dah tak..lepas kes akak..”..hurm..Ditelan mati mak..diluah mati ayah..Alya Cuma berkata pada ibunya “Alya Cuma perlukan restu ibu…” Cuma itu yang dia boleh katakan..berjujuran air mata ibu…argh..Alya xsuka melihat ibunya menangis kerana papa! Dah berpuluh tahun ibu cuma tahu menangis! Dah bergelen2 air mata ibu keluar! Kenapa ibu biarkan air mata ibu mengalir? Kenapa ibu xmempertahankan hak ibu sebagai isteri dan manusia? Ibu dah mcm hamba..ibu tau tak??..Apa erti perkahwinan kalo biarkan diri dilayan mcm hamba ibu…Alya benci melihat papa layan ibu mcm tu..sbb tu Alya xsuka balik…!! hati kecil Alya menjerit..xsanggup dia meluahkan pada ibu..nanti ibu akan makin teruk menangis..

Alya xkan biarkan tetamu istimewanya mendapat layanan buruk. Sifat hormat yang ditanam oleh Syakirin semenjak dia berkenalan tebal dihatinya..Syakirin..orang yang ingin dikahwini..banyak mengajarnya erti kekeluargaan..dia menghormati lelaki itu..sebab sifat kekeluargaan yang ada pada syakirin membuat Alya jatuh hati..baik buruk lelaki itu..sudah sebati dalam dirinya..Sesiapa pun..yang datang..dia xkan biarkan papa melayan buruk..Mungkinkah lebih baik dia mengundur diri? Mungkinkah dia lebih rela menjadi andartu daripada menjaga ego papanya? Takkan dia nak mengheret syakirin kedalam kehidupan keluarganya yang sememangnya porak peranda..Ya! Alya inginkan sebuah keluarga..


Siapakah yang tak ingin menamatkan zaman bujang? Tipu kalo Alya cakap Alya xterasa melihat kawan2nya mendirikan masjid..tipu kalo alya tak cemburu melihat kawan2nya mempunyai baby..Adakah ada hari itu buat Alya? Alya perlukan Syakirin tapi Alya xsanggup melihat syakirin dihina..Alya tak sanggup juga menjalani kehidupan tanpa restu…tapi dengan siapapun..adakah hari dimana anak2 papa direstuai apabila berkahwin? Alya tak nampak jalan..semua sama..Perlukah Alya meninggalkan lagi orang yang disayanginya? Alya menarik nafas dalam2..sesak dadanya..Alya berat menceritakan hal ini pada Syakirin..Dah banyak Syakirin telan..Alya xsanggup melihat Syakirin bersedih..Dia berhak bahagia..Mungkin bahagia Syakirin apabila Alya meninggalkannya….Hati Alya berbisik..kan bagus hati aku menjadi keras..kan bagus kunci hati aku dihilangkan..xkan aku memberi hati pada Syakirin..mungkin Syakirin akan bahagia tanpa aku..”

Adakah Alya dapat menahan hati melihat Syakirin mendirikan rumah tangga dengan orang lain? Alya tak ada jawapan..jika jalan itu yang Alya pilih..dia perlu berkorban demi kebahagiaan Syakirin...




Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...