CauRaGe iS NoT tHe aBseNce of fEaR, bUt RatHer tHe JuDgeMenT tHat SomEtHinG eLsE iS MoRe ImPoRtaNt tHaN FeAR.
RSS

Saturday, December 29, 2012

Hati yang di Sayangi

Sepertinya satu latihan untuk bermadu pulak Tersenyum sendiri Alya rasakan apabila itu yang difikirkannya tadi. Lelaki itu ingin dia menghulurkan salam perkenalan namun dia hanya meminta maaf..tetapi sebaliknya wanita itu menghubungi untuk menghulurkan salam perkenalan..seperti dilatih dari awal untuk menghadapi saat2 bermadu..oh..negatif fikirannya sekarang..Namun Alya perlu belajar menerima kehadiran sesiapa saja dalam hidup lelaki itu..demi melengkapi hidup lelaki yang dicintai..



Perempuan selalu mcm tu kan?hati jahat berbisik.

Perkenalan itu bagus namun jika pada awalnya niat terpesong, 
baguslah mengelak daripada menyakiti.

Dia tak ingin memaksa juga menghalang...dia tau orang yang disayangi kebosanan dan kesepian disana..itulah dia..dia pasrah jika orang itu jatuh cinta lagi.. mungkin batul katanya.."redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah". kata2 itu pernah diungkapkan oleh orang yang pernah menjadi kenangan pahit buatnya..Dia pasrah kerana dengan cara itulah orang yang dicintai bahagia..tidak kesorangan dan gembira. Dia dah terbiasa kesorangan..Namun itukah perkahwinan?

Jika tidak, dia sepertinya tidak meredhai apa yang pernah terjadi padanya suatu waktu dulu. Ingin sekali dilupakan..dia mengaku, terkadang kenangan itu menggamit jiwa dan sanubari..namun dia perlu menghadapinya kerana itulah kenangan dan pengalaman yang mematangkan dirinya...yang membawanya ke bandaraya besar ini..yang menjadikan dia penuh berdikari walaupun sikap buruk (keras hati dan ego;kata lelaki itu) datang menyinggah. padan muka Alya..namun dia cuba untuk mengawal demi kebahagiaan dan pengorbanan semua pihak..cukuplah dia perlu membaiki hubungan orang yang disayangi dengan kawannya..Dia tidak ingin involve dalam hubungan mereka..dia tak ingin merosakkan hubungan orang lain..itulah jalan terbaik buatnya.

Mungkin inilah rasanya bermadu..malah mungkin lebih dalam daripada apa yang dirasakan..(ada kaitan?)

Dia tak rasakan niat wanita itu lebih daripada itu..jnamun, dia mengaku mementingkan diri sendiri. kerana dia dapat rasakan dengan perkenalan itu, dia takut ada sifat lagi negatif akan bersarang dalam hatinya. cukuplah dengan mengelak...moga dia tidak mengguris hati seseorang yang tidak tahu apa2..Dia berharap Allah swt akan memelihara hati lelaki itu untuknya..

Payung emas susah untuk digapai..sekiranya bermadu, dia tak merasakan dia boleh dapat payung emas itu..

Wahai hati..
Cukup kerasnya dikau...
Susahnya memilikimu 
Wahai hati..
Susah juga menjagamu dan 
Susah juga untuk mengubatimu..

Wahai hati..
Jadikan pasrah menjadi redha
Agar dirinya bahagia sentiasa
Tanpa ada perasaan takut dan sengsara
Demi orang yang dicinta

Demi Allah
Tidak dipinta semua itu terjadi
keluarga yang menghalang cinta ini
Kutetapkan diri menyintai
Sehingga jodoh diikat rapi

Namun oh hati yang dimiliki..
Moga pasrah menjadi redha
Sekiranya bukan perancangannya
Moga kami bahagia sentiasa
Tanpa kemurkaan-NYA

~Nukilan buat orang yang penuh bermakna dalam hidup ini~


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...