Sejujurnya,
Aku bukan lah
siapa-siapa , Apabila dimembebel, aku biarkan sahaja
Aku tidak ingin menegangkan keadaan
Terdengar sepatah dua perkataan terkeluar apabila terasa
melampau
Sebenarnya,
Aku bukannya sempurna
Tidak pernah berjanji untuk menyediakan juadah enak setiap
hari
Dia lagaknya ingin menerima seadanya, Namun aku tahu, aku
perlu melangkah lagi
Aku bukannya seorang pelayan yang didambakan, yang gah menayangkan
segalanya
Mendapat pujian segenap dunia..kepada si mata keranjang
Sebenarnya,
Aku kekok melayannya, kerana sikap maluku masih menebal, atau masih dianggap pucuk di dalam hubungan
Sukar memenuhi tahap kehendaknya, Akhirnya, ketakutan silam
mula menjelma
Sebetulnya, aku bukanlah seorang yang berterus terang,
Yang ingin menegakkan segala kebenaran, Yang akan
menundukkan egois dia
Aku hanya mampu memerhati, menangis dalam diam
Kerana aku tak mampu lagi bersuara
Semampuku…hanya mengusap lembut nyawa baru ini, Masih
belajar menendang dan merasai,
Yang belum tahu erti dunia diluar kepompongnya,
Hanya mampu bersoa, moga diaberi kesihatan dan keredhaan, Meniti
kehidupan, bersama dia yang tercinta
Sesungguhnya, jika malap cinta padaku,
Maafkan aku kerana tidak mampu menjadi sempurna dimatamu