CauRaGe iS NoT tHe aBseNce of fEaR, bUt RatHer tHe JuDgeMenT tHat SomEtHinG eLsE iS MoRe ImPoRtaNt tHaN FeAR.
RSS

Saturday, November 24, 2012

Sesuatu yang dicari..



Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu'anhu telah berkata:
Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S.A.W yang mana dia telah menyatakan tujuannya :

"Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan sempurnakan diriku di dunia dan akhirat."
Maka baginda S.A.W telah berkata kepadanya :
"Tanyalah apa yang engk

au kehendaki"

Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim
Baginda S.A.W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya
Baginda S.A.W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil
Baginda S.A.W menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik
Baginda S.A.W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah

Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku
Baginda S.A.W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik)
Baginda S.A.W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsini

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat
Baginda S.A.W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat

Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa
Baginda S.A.W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa

Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya
Baginda S.A.W menjawab: Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya

Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat

Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan) segala dosamu

Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia
Baginda S.A.W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa menyerah diri ( tawakkal ) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya
Baginda S.A.W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh mereka

Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya

Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku
Baginda S.A.W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya

Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat

Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?
Baginda S.A.W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala )

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan

Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?
Baginda S.A.W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang

Dia berkata: Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?
Baginda S.A.W menjawab : Sabar di dunia dengan bala dan musibah

Telah berkata Imam Mustaghfirin:
"Aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanafaat
selain hadis ini...."

Kesempurnaan diri muslim - Hadis Munthahharah

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Friday, November 23, 2012

Gaza Issue..How about us in Malaysia?



Wanita di Gaza diperangi kerana agamanya..mata kasar melihat betapa terseksanya dia..namun sejak Gaza diserang...hatiku terdetik..bertuahnya wanita2 itu...air mata mereka..air mata kegembiraan..kenapa? mereka mati dalam keadaan syahid..mempertahankan tanah air sendiri..mati syahid kerana memperjuangkan agama islam..mereka menangis kehilangan ahli keluarga namun kegembiraan kerana keluarga mereka disayangi Allah...

Di Malaysia? adakah kita disayangi? kenapa wanita seperti aku tidak bersyukur? kenapa hati sedar tapi tidak dapat melaksanakan apa yang disuruh sepenuhnya? kenapa kita lebih kepada mengikut hawa nafsu n membiarkan Yahudi menakluki kita? kenapa kita tak berperang rohani untuk kemenangan jika tak mampu berperang depan2? kita kalah dengan Yahudi sbb? sbb kita akur dengan dunia Yahudi..mereka tak perlu memerangi kita..sebab? sebab kita bukan menjalani sepenuhnya kehidupan mengikut alquran dan as sunnah..dendam sana sini..porak perandakan kehidupan orang...hati busuk..kenapa? salah satu sebab adalah kita tak jaga makanan! mcm mana nak jaga makanan kalo kehidupan sosial tidak dijaga?

Aku tak sebaik wanita di Palestine..juga tak sebaik wanita Islam..namun aku sedar...susahnya untuk menjalani kehidupan beragama...sangat susah! Saban hari..perlu berperang dengan diri sendiri..dengan nafsu sendiri..nak itu..nak ini..juga berperang dengan manusia sekeliling...hai..apakah yang terbaik? semua dah ada di dalam alquran..namun untuk melaksanakannya..cukup perit...namun..itulah...selepas melakukannya..kebahagiaan yang dikecapi tidak tergambar melalui wajah yang berseri2..mata yang bersinar dan senyuman yang menenagkan..itulah yang dicari....



sebenarnya  ni bukan gambar pemuda yang tersenyum melihat kamera tetapi seorang mujahid yang gugur dalam kemenangan..Subhanallah...wajah kebahagiaan itu..Allah sangat menyayanginya..



Sejak dulu aku mencari persoalan2 yang merumitkan kepala otakku...sendiri cari pasal...persoalan yang memerangkap diriku sehingga kini...persoalan itu aku alami n makin hari terjawab dengan sendiri..Mungkin Allah ingin membuktikan apa yang aku cari selama ni..mungkin Allah nak aku menyedari akan kuasanya..Dan aku akur dengan apa yang dibahaskan kawanku semasa di matrik dulu..''tutuplah auratmu dahulu sebelum kamu memperbaiki akhlakmu..sesungguhnya dengan menutup aurat lebih menyenangkanmu untuk berubah...''.


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, November 14, 2012

E-R-T-I S-E-J-A-T-I


Seminggu ini perasaannya menjadi bolak-balik dengan segala macam perkara yang menggugat ketenangannya. Dalam usaha menyelesaikan satu persatu perkara, dugaan lain bertamu pada masa yang sama. Lelah memang terasa namun dia sudah ketahuan bahawa pada setiap kali ibadah puasa menjadi pilihannya dalam mengukuhkan iman, maka dugaan Tuhannya juga turut melimpah ruah.

Ada sesetengah orang tidak boleh hidup tanpa kehadiran ramai teman disisi. Ada sesetengah yang lain pula gemar menjalani kehidupan secara berdikari yakni mendatangi teman apabila dirinya diperlukan dan jarang pula kita mendengar hidup seorang manusia hanya dengan dirinya semata sepanjang hari. Eh, dalam dunia mungkin hanya ada seorang sahaja yang demikian kisahnya - Encik Kacang atau popular dengan nama anehnya, Mr. Bean!

Bagaimanapun, dia percaya bahawa tiada manusia yang gembira andai hidup dalam kesendirian. Bangkit pada permulaan pagi dengan jiwa kosong, bekerja bersama tekanan, beriadah dengan kebosanan, menghabiskan saat sebelum tidur dengan buku di kamar dan akhirnya terlena setelah puas berkalih ke kiri dan ke kanan berkali-kali. Maaf. Akan tetapi hidup dia tidak seperti yang kalian sangka. Namun dalam hidup kita didatangkan pilihan dan adakala kita hanya dipaksarela untuk menurut tanpa sempat memilih.

Bagi dia sudah banyak ragam manusia ditemuinya. Namun hanya satu jenis sikap manusia yang dia cuba untuk hindari. Cukuplah kehadiran mereka sekali dalam lipatan sejarah hidupnya. Dia memilih memaafkan dan membiarkan manusia itu pergi dengan harapan tidak akan kembali lagi. Bukan diniat membenci kerana dia juga manusia yang turut dibenci oleh manusia lain, cuma sikap yang tidak disenangi itu yang dibenci.


http://www.google.com.my/imgres?start=210&hl=en&sa=X&biw=1280&bih=670&addh=36&tbm=isch&prmd=imvnsfd&tbnid=Cvjnexk9yH09wM:&imgrefurl=http://weheartit.com/entry/32467721&docid=bIkg0NGPiVMVhM&imgurl=http://data.whicdn.com/images/32467721/z217211578_large.jpg&w=400&h=302&ei=37wjUJOJA8LrrQfM3oCoBw&zoom=1&iact=hc&vpx=539&vpy=304&dur=3262&hovh=195&hovw=258&tx=84&ty=119&sig=110280197619710533304&page=11&tbnh=141&tbnw=178&ndsp=23&ved=1t:429,r:19,s:210,i:137
Dia manusia yang cinta akan kenangan manis yang dimiliki
hasil kebersamaan insan-insan tertentu yang didatangkan seketika
mewarnai hidupnya.
Tidak pernah menyesal.
Tiap-tiap relung itu punya makna tersendiri.
Senyum.


Diam.
Malas mahu meneruskan kata-kata. Tiba-tiba teringat akan perangai seorang manusia yang dikenali. Puan LB panggilnya – LB, ‘loyau buruk’! Ada sahaja bangkang dan setujunya apabila ada manusia tertentu memulakan perbicaraan masalah hingga hampir setiap kali terlihat dia, bualan menjadi kaku hingga semua tukang cerita angkat kaki dari situ. Hei, adakala apabila orang lain meluahkan rasa, dia belum tentu meminta kita menyelesaikan masalah baginya kerana dia mungkin hanya mahu menenteramkan keserabutan fikiran. Lantas kau mahu jadi pendengar yang memahami dan menenteramkan atau kau akan menjadi orang yang mendengar dan menghakimi tindakannya? Ramai yang menjadi hakim dalam tidak sedar. Kalau jumpa hakim begini, kasi cincang saja dia sama hujah karatnya itu.

Justeru, caharilah akan kamu seorang sahabat yang hadirnya hanya satu dalam seribu dan tatkala datangnya ia, hargailah sepenuhnya kerana hanya manusia istimewa sahaja yang dikurniakan peluang memiliki teman sejati. Dan dia masih mencari teman sejati. Sesungguhnya pepasir itu memang terlalu banyak bertaburan tetapi sebutir permata disebalik pepasir itu belum tentu akan ada.
Huh!


http://www.google.com.my/imgres?start=275&hl=en&sa=X&biw=1280&bih=670&addh=36&tbm=isch&prmd=imvnsfd&tbnid=rpEpvZe4C6saPM:&imgrefurl=http://bestquotes.bloguez.com/bestquotes/page11/&docid=dwL7CQEb-qN2sM&imgurl=http://www.thelasthonestguy.com/wp-content/uploads/2012/04/quotes-about-long-distance-relationships.jpg&w=500&h=333&ei=37wjUJOJA8LrrQfM3oCoBw&zoom=1&iact=rc&dur=190&sig=110280197619710533304&page=14&tbnh=148&tbnw=183&ndsp=24&ved=1t:429,r:5,s:275,i:302&tx=121&ty=60
Jarak selalu menjadi pemisah dalam hidupnya.
Dia sudah terbiasa ditinggalkan dan dibiarkan.
Maka, sepi sudah menjadi lali dan tidak berbisa lagi.


Acap kali kita mencari persamaan dalam diri seseorang yang mahu kita jadikan ia berada pada satu lokasi istimewa dalam diri. Kemudian, kita mencari insan tersebut saat berada dalam keramaian. Puas kita mencari tetapi selalu juga yang kita temui hanyalah kesementaraan. Seorang lelaki bisa sahaja menjadi teman akrab kepada seorang perempuan. Mereka barangkali akan bersama kerana rasa suka. Dalam bawaan perasaan, muncul istilah suka. Namun rasa suka bersifat tidak kekal. Waktu perselisihan menempatkan diri, salah faham menjadi belenggu. Barangkali jua kerana salah tempat, salah waktu, terlewat masa atau salah pilihan yang membawa kerenggangan selamanya. Yang bersisa hanyalah jarak dan kelukaan dalam kenangan. (Eh, dia baik-baik saja ya. Tidak kuasa menjadi badak berendam air mata saja sepanjang-panjang saat.) Dan manusia yang selalu terluka menyimpan banyak kenangan tentang orang yang pernah mendatangi hidupnya. Cukup hanya untuk dikenang kerana untuk menerima kembali, bergantung pula kepada cara bagaimana dia ditinggalkan pergi.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday, November 12, 2012

Pancake



Aku nak try wat ni pulak..kena beli pan yang kecik la ye..huhuhu

Bahan-bahan ( lebih kurang 8 biji )

  • 115g Tepung Gandum
  • 1 sudu kecil (5ml) Soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (5ml) Krim tartar
  • 25g Butter
  • 1 biji Telur
  • 150ml Susu Segar
  • 1 sudu besar Gula
  • Secubit Garam

Cara-cara

  1. Campurkan tepung dan soda & krim tartar - kalau rajin ayaklah (Along selalu nya gaul je, malas nak ayak)
  2. Dsc02688
     Rub in butter sampai berderai macam serbuk roti - jgn di gaul terlalu lama nanti berketul macam doh. Lihat lah gambar ni...
  3. Dsc02689
     Lubangkan tepung di tengah2 nya. Gaulkan telur (di pukul dulu sedikit) & susu. Gaul sebati. Lihat gambar adunan yg dah siap.
  4. Dsc02692
     Tuangkan sesenduk adunan ke atas kuali pancake yg panas & di lenser dgn sedikit minyak. Along guna kuali pancake bersaiz 5 inci diameter, so semua pancake Along sama besar.
  5. Dsc02693
     Masak sehingga ada buih2 udara & tunggu sehingga buih2 tu pecah baru di terbalikkan.
  6. Dsc02699
     Tengok ni betapa gebu nya texture pancake ni. Hidangkan dgn sirap favourite anda - maple syrup, honey, butter atau icecream. Makan panas2 lagi best.
  7. Pancake_syrup
     Nak letak gambar maple syrup utk yg bertanya tapi dah habis pulak. So, kat sini Along letak lah gambar pancake syrup (Sorry, yg ni pun hampir habis, tinggal suku botol je.... ni sebab anak2 selalu je makan pancake & waffle). Nanti bila dah beli maple syrup, Along akan letakkan gambar nya pulak.
  8. Blueberry_syrup
     Ini pulak blueberri syrup, my boys' favourite mkn dgn pancake & waffle. Dah nak habis baru sempat ambik gamba.
  9. Krim_of_tartar
     Untuk yg bertanya, ini dia gambar krim tartar. Ianya serbuk putih.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...