CauRaGe iS NoT tHe aBseNce of fEaR, bUt RatHer tHe JuDgeMenT tHat SomEtHinG eLsE iS MoRe ImPoRtaNt tHaN FeAR.
RSS

Sunday, May 10, 2009

bahulu

BAHULU CERMAI

Bahan-bahan ( Dalam 80 biji )

  • 10 biji telur gred A
  • 380gm gula pair
  • 1 tsp esen ros (kalau suka. Kak ogy omit nih sb nak dapatkan bau ori bahulu)
  • 200gm tepung gandum
  • 1/4 tsp baking powder

Cara-cara

  1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat.
  2. Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan batter yang telah betul-betul kembang dan pekat. Kacau adunan dengan spatula.
  3. Tips 1. Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak. Acuan sedia untuk digunakan.
  4. Tips 2. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.
  5. Tips 3. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet. Kalau x mahu buat cara ini, kuih bahulu boleh tahan selamat 2 minggu. InsyaAllah.
  6. Tips 4. Untuk meringankan kuih bahulu, bakar tepung dalam oven. Tapi jangan lama-lama. Sekejab je. Dan tepung agak-agak hangat je. Ini sama lah dengan kaedah orang dulu-dulu jemur tepung.
  7. Update : Suhu bakar 220C sehingga bahulu kekuningan. Bahulu naik lebih cantik jika 'off' kan fan kat oven sbb kalo guna fan bahulu akan mengecut sedikit nanti.

BAHULU GULA MELAKA

Bahan-bahan ( 22 keping )

  • 2 biji telur - grade A
  • 125 g gula melaka
  • 125 g tepung gandum
  • 1/4 sk baking powder
  • 1 sk esen vanilla(opt)

Cara-cara


  1. Racik gula melaka hingga halus.Buang kekotoran pada gula melaka jika ada.Tepung dan baking powder diayak bersama.
  2. Pukul telur bersama gula melaka hingga kembang.Masukkan esen jika suka dan pukul terus.
  1. Masukkan campuran tepung gandum dan gaul kaedah kaup balik hingga sebati.
  1. Sapu acuan bahulu dgn sedikit mentega atau minyak dan panaskan sebentar.Bubuh adunan bahulu hingga habis dan bakar hingga masak pd suhu 180C.
  1. Keluarkan bahulu dari acuan dan sejukkan.Siap untuk disajikan.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

@ziana said...

hehe..sedap2.dilah dah penah wat ke?hulur2 la sket..ngeh2

ToNcHet said...

dah penah wat ni..tapi dia bangkit kejap je...huhuhuhu...kena banyak belatih lg..hehehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...