CauRaGe iS NoT tHe aBseNce of fEaR, bUt RatHer tHe JuDgeMenT tHat SomEtHinG eLsE iS MoRe ImPoRtaNt tHaN FeAR.
RSS

Sunday, January 8, 2017

AYESHA ZAHRA BINTI SOBIRIN


Ini anak aku yang ke-2. Ayesha Zahra Bt Sobirin.
Lahir satu hari lewat daripada Harith, Anak Hasleena Ramlee ; kawan sekelasku semasa Sek Teknik.
DOB: 2nd May 2015, sehari selepas hari buruh.
Tempat lahir: Hospital Umra, Syeksen 13, Shah Alam.

Mengenangkan semasa aku mendapat berita kewujudan srikandi syurga ini, aku sangat happy (mmg aku rancang untuk sebaya dengan anak kawan2:Shuhadah, hasleena), dan agak kaget sebab aku masih belum bersedia untuk menguruskan 2 orang anak kecil dalam satu masa. Masa tu Alesha baru dalam 7 bulan! Namun, aku gagahi dan berfikiran posotif terhadap aturan Allah S.W.T. Dia tahu aku bersedia masa tu kan?

atau DIA pinjamkan aku untuk tujuan tertentu...

Dan...

Jawapannya terjawab. Aku redha dengan qada DIA. anakku hanya dipinjam-NYA sementara. Sebab musabab sebenar, aku tak ingin tahu. Biarlah menjadi rahsia DIA, aku takut untuk tahu apa yang sebenarnya berlaku. Masih segar lagi senyumannya, pelukannya..Dah-jangan dikenang orang yang dah tiada.

________________________________________________________________________

Senang aku melahirkan dia..
pada pagi 2nd May 2015, aku berasa sakit yang pelik. tepat 12.30pm, aku mula xtahan..semacam dah ingin beranak..tanda2 sudah kelihatan. kesakitan lagi teruk daripada senggugut.seperti ingin pengsan. Namun aku gagahi untuk mandi dan membersihkan apa yang patut sebagai persediaan bersalin. Sebeelum mandi, aku text suami untuk segera pulang.

2pm:
Suami di rumah..bersiap2 terus bertolak ke UMRA hospital di shah alam. Nasib kena tengah hari..malam tu ada bola pulak..harus branak dalam kereta kalo kena sakit malam.

2.30pm,
Aku sampai di UMRA, terus ke kaunter..'Saya dah nak bersalin!'
Doctor di bilik berdekatan dipanggil dan di 'cek'.
Kemudian aku dicucuk dengan jarum ntah pape n disorong ke bilik bersalin!
Aku perlu makan ubat berak untuk mencuci usus sebelum beranak.
Time tu ALLAH sahaja yang tahu..nak beranak n nak kena berak!

3-3.30pm (rasanya la..)
Lepas selesai procedur2 berak, cucuk ubat tahan sakit aku rasa la..aku ditemani seorang jururawat untuk memerhati keadaan aku..Doktor yang bertugas pada masa tu memerhati 3 bilik sekali gus..Nasib baik aku dulu yang keluar..Suami aku kelam kabut uruskan Alesha Zahra yang meragam n uruskan bilik aku nanti..(kasihann)..

Kemudian..Uwaaaa!!!nyaringnya sampai ke bawah..Anakku sudah lahir..sangat senang! tapi 6x teran jugakla..haha..xmacam Alesha..sampai 2 vacumm kena pakai..haha..

_________________________________________________________________________

Pemergianmu adik,
Ibu berjanji akan kuat.

Ya Allah,
Kurniakanlah pengganti pada masa yang tepat.
Amin..

Damai kamu disana sayang,
AYESHA ZAHRA BT SOBIRIN

blob:https://www.youtube.com/0928bf43-9cc0-4f59-a2a4-e77518e0355b

https://goo.gl/photos/WCTTh6s5F5KsVvpC7


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...