CauRaGe iS NoT tHe aBseNce of fEaR, bUt RatHer tHe JuDgeMenT tHat SomEtHinG eLsE iS MoRe ImPoRtaNt tHaN FeAR.
RSS

Wednesday, February 20, 2013

11th February 2013



11th February 2013



Ada apa ngn tarikh tu? Bagi orang lain, ianya xda pulak menarik..bukan mcm 11.11.11, atau 12.12.12 ataupun 1.2.13. Hurm…tapi bagi pemilik badan..ianya tarikh yang xkan pernah dilupakan..melebihi tarikh hari dia dilahirkan..ataupun tarikh bergraduan…

Bagi orang lain pun..sebab yang menjadikan tarikh ini keramat mungkin tidak membawa apa2 maksud yang terlalu mendalam..namun, pada tarikh inilah tercipta suatu kejaiban pada kehidupan Alya dan syakirin…Setelah bertahun memujuk papa akhirnya papa bersetuju menerima syakirin dalam hidup Alya..Papa akur dengan kesungguhan Alya n Syakirin….


                                               *                        *                       *


“Awak…saya bertolak pukul 9 pagi ni..sampai insyaallah petang lepas asar..saya datang ngn abg saya”

Pagi itu alya terperanjat membaca text daripada Sony Ion bewarna hitam merah yang baru dibelinya.. 

“Hah!!awak jadi datang?ok..hati2 wak” 

Alhamdulillah..Allah permudahkan segalanya..Alya betul2 berserah padaNya malam itu kerana dia merasakan keadaan dimana kata orang ‘diluah mati mak ditelan mati ayah..’itulah kata2 tepat yang alya rasa malam itu..

Sesampainya Syakirin di rumah bersama rombongan…
Selepas berbual2..wakil Syakirin bertanyakan mengenai Alya dan Syakirin..Alya dan Syakirin masing2 berdebar menantikan keputusan…pucat habis..

Papa tersenyum..dan bertanya kepada syakirin “Kamu betul inginkan anak saya? Dah fikir masak-masak?

Syakirin mengangguk dan memandang papa..Yakin benar pemuda itu..Alya tersenyum sendiri..hehehehhe. I love u

 Dah anak saya pun  nekad, saya pun xada apalah boleh dicakapkan..memandangkan mereka dah lama berkawan..sejak belajar kat UTM kan..jadi kita teruskan dengan perbincangan lah..tak elok ditangguh2kan lagi”

Tersenyum lega Alya mendengar kata2 Papa..Alya melihat wajah Syakirin..macam nak menjerit memanggil dia..”Awak!!awak dah lulus!! Kita boleh jadi suami isteri!!” Namun apabila memikirkan ramainya tetamu..dia hanya mampu memandang bawah tersipu malu..aceh..hehehe.

*                        *                       *
10th February 2013
Papa, mcm mana ye kalo Syakirin nak datang?
Soalan diajukan kepada lelaki tua bercermin mata yang sedang kusyuk membaca surat khabar tempatan..entah apa yang menarik perhatian sehinggakan TV didepan mata dibiarkan beroperasi dengan syok sendiri sendirian..…kedutan dan kerut di wajahnya menunjukkan tekanan demi tekanan yang dilalui untuk membesarkan anak2.

Kamu dah fikir masak2 dengan pilihan kamu? Apa2 jadi papa xnak masuk campur..kamu kena selesaikan sendiri..kamu tau kan kenapa papa tak benarkan kamu kahwin? Papa mula mengalihkan perhatiannya pada muka alya yang sepertinya terpinga2. meraih simpati. Alya mengangguk perlahan..dia nekad dengan keputusan yang dilakukannya sebelum Syakirin pulang ke semenanjung…Itulah janji Alya pada diri sendiri..

                                               *                        *                       *

              January 2012

 ‘Awak, sekiranya awak serius dengan saya..awak balik la..sy dah xnak tunggu sampai bulan 6 2013 baru awak nak balik..dulu awak janji bulan 12 tahun 2011 kita dah nikah then tahun 2012 pulak…then awak cakap  awak nak tunggu project awak habis then balik then nikah….dulu saya setuju..tapi bila dah jadi gini…saya hanya boleh bagi awak tempoh…Jika awak berdalih…saya xnak paksa awak..awak boleh teruskan hidup awak disana..saya dah xtunggu dah..saya tau awak sayang position awak di syarikat tu..saya anggap awak bahagia disana..sbb kalo saya tunggu..hubungan kita lagi worse..awak disana..saya disini..saya ada hidup saya untuk diteruskan’.

Itulah kata2 Alya suatu waktu dahulu semasa dia bertekad membuat keputusan kerana terlalu banyak dugaan..cabaran..dan tangguhan....Alya ingin melupakan syakirin namun tiada petunjuk..juga berat hatinya..seperti ada yang mengikat hatinya dan ada yang mengatakan 

                                      “dia memerlukanmu..dan..kamu memerlukan dia…” 

Kemudian Alya menyediakan dua pilihan kepada Syakirin…dan pilihan Syakirin adalah pilihan Alya juga..Dia bersedia dengan apa je keputusan Syakirin…if syakirin enggan dan banyak alasan..pahamlah alya..keputusannya mendorong keputusan alya..Namun, petunjuk yang diberikan..Syakirin pulang jua..

Detik itulah hati Alya yakin mengenai pilihannya..dan itulah keputusannya..Pada saat itu..Alya mula belajar menyayangi Syakirin kembali..Alhamdulillah..masih ada cinta dihati..

                                               *                        *                       *

Raup wajah papanya ditatap lama…lamunannya terhenti apabila papa berkata2..

“Dulu abang iparmu layan papa xelok..tapi Syakirin ni papa tengok dia sabar tunggu kamu..Kalo orang lain mesti dah bawak lari kamu..hurm..kalo dia betul2 serius dengan kamu..esok suruh dia datang bawak family skali..jangan datang sorang..”

Alya terkedu..berkelip2 matanya memandang papanya dan menjawab perlahan..”Papa, dia balik Penang sekarang”
“Kalo dia bersungguh…suruh dia ikhtiar macam mana sekali pun..tak kisah la sampai lambat ke tak..sampai tengah malam suh dia tidur sini”

Alya terketar2..dia meminta izin untuk berbincang dengan Syakirin..

Malam itu Alya dan Syakirin dan juga family bermandikan air mata..

Mama berpesan “Bagitau Syakirin..mak sabar dah bertahun..tak kan Syakirin xdapat bersabar demi mak..nanti mak dah xda teman…Alya sorang je mak boleh luah…abag alya lain..dia lelaki..” Alya berpaling dan masuk ke kamarnya..tak sanggup dia mengalirkan air mata didepan mama.. Alya Cuma larat menyampaikan apa yang disuruh papanya kepada Syakirin..

Alya tau Syakirin dan family mesti terkejut..namun Alya tiada pilihan..itulah peluang yang harus digapai…terdengar tangisan Syakirin kerana tak tahan melihat maknya menangis..hati lelaki itu yang mudah tersentuh membuatkan dia tersentuh..dalam bahasa lain manja.

“awak..saya xpaksa awak datang..papa cakap mcm tu..kalo family awak tak bagi..jangan datang..lebih2 lagi mak awak..kalo betul awak nak datang..mintak restu mak awak dulu…kalo tak..sia2 usaha awak datang jumpa papa..ingat wak..mak awak lagi penting daripada saya”

Mereka hilang dalam dunia masing-masing…

Alya menyintai suaminya..tak sabar dia nak membajai cinta dengan bakal suaminya itu tanpa ragu2 lagi..;)



Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...