CauRaGe iS NoT tHe aBseNce of fEaR, bUt RatHer tHe JuDgeMenT tHat SomEtHinG eLsE iS MoRe ImPoRtaNt tHaN FeAR.
RSS

Monday, July 23, 2012

Resepi Kuih Talam Ubi


ni aku copy and paste je ni..hehe


Bahan-bahan:

Lapisan bawah :

1 kg ubi kayu (kisar, tapis & buang air tapisan)
3 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan

Lapisan atas :
1 cawan tepung beras
4 ½ cawan santan pekat
1 sudu teh garam

Cara Penyediaan:

Lapisan bawah :
Panaskan kukusan.
Masukkan gula merah, gula pasir, daun pandan dan air ke dalam periuk kecil. Masak hingga mendidih dan gula larut sepenuhnya.
Ambil ubi dalam tapisan dan gaulkan dengan air gula yang telah disediakan. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak anggaran selama ½ jam.

Lapisan atas :
Bancuh semua adunan untuk lapisan atas. Tapis dan masukkan dalam periuk kecil. Masakkan sebentar atas api. Kacau selalu supaya tidak berbiji-biji. Tutup api.
Cakar-cakarkan sedikit lapisan bawah dan tuang adunan lapisan atas tadi. Kukus
semula selama ½ jam.

Sejukkan dan potong. Sedia untuk dihidangkan.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Larang Lakukan Seksaan Bunuh Binatang


(agak2...kalo tikus cute ni nak bunuh x?..kalo tikus rumah ok la kot)

Ha..ni yang aku cari2 selama ni...untuk sesapa yang nak bunuh binatang mcm tikus ke..ape2 la...sila baca dulu ye...:

Persoalan Agama: Larang lakukan seksaan bunuh binatang
Bersama : Ustaz Zahazan Mohamed

SAYA selalu menangkap tikus menggunakan perangkap besi. Kerana takut digigit, saya lazimnya membunuh tikus berkenaan dengan menyimbah air panas atau menenggelam tikus itu di dalam baldi dipenuhi air. Apakah perbuatan saya ini berdosa?

AH,
Kuala Lumpur. IMAM an-Nawawi rahmatullah alaih meletakkan satu tajuk di dalam kitabnya Riyadus Solihiin iaitu: Pada menyatakan haram menyeksa binatang dengan api. "Sesungguhnya Allah SWT sudah menetapkan agar berlaku ihsan kepada semua. Apabila kamu hendak membunuh, maka perelokkanlah cara membunuh dan apabila kamu hendak menyembelih, hendaklah perelokkan cara menyembelih..."

Riwayat Muslim Di antara hadis yang terkandung dalam tajuk itu ialah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, daripada Abu Hurairah yang berkata, Rasulullah SAW pernah mengutus kami dalam satu pasukan dan Baginda bersabda, Apabila kamu sekalian mendapatkan Fulan dan Fulan iaitu dua orang Quraisy yang Baginda sebutkan namanya, maka bakarlah dengan api. Kemudian ketika kami hendak berangkat, Baginda bersabda, aku tadi menyuruh kalian untuk membakar Fulan dan Fulan, tetapi sesungguhnya tidak selayaknya menyeksa dengan api kecuali Allah SWT. Oleh itu, apabila kamu menemui kedua-duanya, maka bunuhlah mereka. (Riwayat al-Bukhari no.2853)

Begitu juga sebuah hadis riwayat Abu Daud, daripada Ibn Masud, beliau berkata: Ketika kami bersama Rasulullah SAW dalam satu perjalanan dan Baginda berhajat (ke belakang), tiba-tiba kami melihat seekor burung yang mempunyai dua anak, kemudian kami mengambil kedua-dua anaknya itu, lantas ibunya datang dengan terbang berputar-putar. Kemudian Nabi SAW datang dan bersabda, Siapakah yang mempermainkan burung itu dengan mengambil anaknya? Kembalikan anak burung itu kepadanya.

Baginda melihat ada sarang semut yang kami bakar, kemudian Baginda bertanya, Siapa yang membakar sarang ini?Kami menjawab: kami. Baginda bersabda:  Sesungguhnya, siapa pun tidak layak menyeksa sesuatu dengan api kecuali Tuhan api itu sendiri. (Riwayat Abu Daud no.6277)

Kesimpulannya, jika saudara hendak membunuh haiwan itu, carilah cara yang boleh mematikannya dengan cepat dan tidak menyeksa.
Ini kerana Allah SWT sudah memerintahkan agar berlaku ihsan pada makhluk-makhluk-Nya sebagai mana sebuah hadis, daripada Syaddad bin Aus, daripada Nabi SAW bersabda, Sesungguhnya Allah SWT sudah menetapkan agar berlaku ihsan kepada semua. Apabila kamu hendak membunuh, maka perelokkanlah cara membunuh dan apabila kamu hendak menyembelih, hendaklah perelokkan cara menyembelih (Riwayat Muslim no.5167). Wallahualam.

Video:

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...