Wednesday, November 23, 2011
Wanita aDalah BerharGa

Tuesday, November 8, 2011
Because....
u still cannot accept what is going on, u afraid u will loss, u love n u hope it will be fine and just a nightmare but it is not! Just try to forget everything..Don't know how to let anyone else in...Then u become someone else... pretend like a normal n brave person..because u cannot see him like that..
Monday, October 31, 2011
Hanya AngaN2 n disiakan pengorbanan...
Saturday, October 22, 2011
Kura2 dalam perahu, saya demam doctor tak tahu
da hampir 3 minggu dah aku demam kura2 ni...aku malas jumpa doc sbb aku da tau jwpan doc..'adik xdemem pun..'.. itula jawapan dari aku kecik smpailah besar panjang mcm ni ha...aku bukannya takut jumpa doc pun tp sbb menyampah ngn jawapan yang diberikan...kalo aku xdemam...xsakit badan...xpening...suara pun da lain...xlarat da nak bangun...tak la aku bersusah payah jumpa doc...da la skg ni kalo jumpa je kurang2 duit dalam tangan kena ada RM30 ke atas..kalo tak..kena malukan diri la tolak ubat tu..ubat ni..(penah kena la ni..)..huiiii...malu seh...tp time tu aku student..bkn sbb demam...imergency mlm2 sbb pijak anak tebuan kot...bengkak jgk la kaki ni ha...kebetulan klinik UTM da tutup time tu...so double la kena charge ngn doc kat lua...adoii..
Sunday, September 18, 2011
Persediaan berjumpa bakal mentua
Apa khabar Adilah, semoga anda sentiasa dalam keadaan sihat walafiat dan ceria selalu disamping orang yang disayangi.
Oklah, pada kali ni, saya nak bagi satu tips. Tips ini khas untuk si teruna dan dara. Especially.. bagi yang sudah mempunyai "kekasih" dan merancang untuk bertunang atau pun mendirikan rumah tangga dalam masa yang terdekat ini, iaitu, tips bertemu dengan bakal ibu & bapa mertua.
Pertemuan dengan bakal mertua ini sememangnya penting dan amat mendebarkan, lebih-lebih lagi jika ia adalah merupakan pertemuan kali yang pertama. Seperti yang orang jawa selalu kata.. "first impression is important", eh orang jawa kata ke?.. Tak kisahlah.. yang penting inilah masa yang agak genting untuk menentukan sama ada anda akan di sayangi ataupun kurang disenangi oleh bakal mertua anda. Jika kali pertama berjumpa pun bakal mertua anda sudah kurang senang dengan diri anda, pastinya, perjalanan anda untuk hidup bersama dengan anak mereka akan menjadi sedikit sukar. Jadi, pastikan anda melakukan yang terbaik sewaktu perjumpaan kali pertama dengan bakal mertua anda.
Tips #1 : Masa
Antara waktu yang paling sesuai untuk pertama kali bertemu dengan bakal mertua, adalah pada hari-hari keraian dan "bersempena" seperti pada hari raya, hari kenduri, ataupun sempena apa-apa majlis dimana, tuan rumah (bakal mertua anda) mengalu-alukan kedatangan anda.
Berbanding, jika anda datang ke rumah bakal mertua anda, pada hari-hari biasa... lebih-lebih lagi, jika kedatangan anda itu tidak dimaklumkan terlebih dahulu oleh bakal mertua anda pastinya keadaan akan menjadi sedikit janggal.
Jadi, elakkan datang berjumpa dengan bakal mertua anda secara tiba-tiba atau pun atas desakan kekasih anda semata-mata. Itu bukanlah suatu cara yang elok, walaupun niat hati kekasih anda adalah murni, iaitu hendak memperkenalkan anda dengan ibu-bapanya.. tapi pastikan ia dilakukan dengan penuh tertib dan bukannya secara mengejut atau pun "surpriseee".
Silap hari bulan... anda yang akan "surprise".
Tips #2 : Pakaian
Bagi lelaki, jangan sesekali datang dengan baju t-shirt yang mempunyai gambar "tengkorak berdarah"... kemudian.. datang pula dengan segerombolan rakan-rakan "mat motor" anda.. fuh.. silap-silap kena reject pula anda nanti. Seelok-eloknya. kenakan baju kemeja lengan pendek beserta dengan seluar slack.
Bagi perempuan pula.. sudah semstinya baju kurung sudah kelihatan agak sopan. Saya kira tiada masalah bagi perempuan dari segi pemakaian.
Saya tahu.. mungkin anda kurang selesa dengan baju berkolar atau pun baju kurung. Tapi.. seperti yang saya nyatakan tadi, first impression itu penting. Berikan keyakinan kepada bakal ibu & mertua anda bahawa anda adalah seorang yang matang dan bertanggungjawap. Biar tenang dan sejuk sedikit hati bakal mertua anda melihat anda. Barulah lega sedikit hati mereka nak melepaskan anak mereka kepada anda.
Tips #3 : Topik perbincangan
Satu masalah yang seringkali dialami apabila kali pertama bertemu dengan bakal mertua.. ialah masalah mengenai "topik perbualan", maklumlah, anda orang muda, manalah tahu sangat nak bual-bual dengan orang yang lebih tua, lebih-lebih lagi jika anda semamangnya adalah seorang yang pendiam. Fuh!!.. ini memang agak kritikal, takkan anda hanya ingin berdiam diri sahaja? Apa topik yang sesuai untuk dibualkan yer?. Saya dahulu pun mengalami masalah ini.. tak tahu apa yang hendak dibualkan apabila bertemu dengan bakal mertua saya dahulu. Sudahlah saya ini seorang yang pemalu dan pendiam.. bakal mertua saya tu pun sama.. jenis pendiam juga orangnya, Oh!.. memang sunyi sepilah sewaktu pertemuan itu nanti.
Jadi, disini, saya nak bagi satu tips (alangkah baiknya jika saya tahu tips ini sebelum bertemu bakal mertua saya dahulu) . Jika anda adalah seorang yang pendiam dan tidak tahu apa topik yang ingin dibualkan dengan bakal mertua anda nanti.. pastikan, sebelum anda datang kerumah kekasih anda. Tanya kekasih anda terlebih dahulu.. apakah perkara yang diminati oleh ibu bapanya?. Adakah mereka minat memancing? Minat bola? minat kereta? minat berkebun? berniaga?.. atau paling mudah.. ketahui, apa pekerjaan ibu bapa kekasih anda.
Dari situ.. maka.. bolehlah anda membuat sedikit kajian dan bacaan berkenaan perkara-perkara yang berkaitan dengan ibu-bapa kekasih anda itu. Jika ibu-bapa kekasih anda itu guru.. maka.. anda kenalah ambil tahu sedikit isu-isu berkaitan dengan guru sekarang ini seperti kes buli pelajar ke.. isu -isu yang berkaitan dengan pendidikan ke.. atau apa-apa sahaja isu yang berkaitan.
Saya tahu.. mungkin anda kurang minat dengan isu-isu tersebut.. tetapi.. untuk menambat hati bakal mertua anda.. anda perlu tahu serba sedikit tentang perkara-perkara yang bakal mertua anda minati. Barulah boleh "mahsyuuukkk" orang kata. Tetapi.. jika pekerjaan bakal mertua anda adalah pegawai penyelidik kimia dan anda sememangnya tidak tahu apa-apa langsung tantang kimia. Maka.. bincangkanlah isu-isu umum.. seperti.. cuaca.. jerebu.. kuih raya.. buat sendiri ke beli.. jualan murah.. dan sebagainya. (sebab itulah saya cadangkan anda berjumpa sewaktu menyambut hari raya.. banyak sikit idea boleh dibualkan). Walau apa-apa pun isu yang anda bualkan nanti.. pastikan anda bersetuju dan bersependapat dengan kenyataan-kenyataan serta ayat-ayat bakal mertua anda itu. Ini bukanlah waktu yang sesuai untuk anda berbahas dan menunjukkan kehebatan anda berpidato... bak orang kata.. "angguk"kan sahaja selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariat agama.
Tips #4 : Rajin-rajinkan diri
Jika lelaki, kedatangan ke rumah bakal mertua lebih sesuai dengan duduk dan berbual-bual. Tetapi bagi perempuan, jika anda datang ke rumah bakal mertua anda, tunjukanlah sedikit kerajinan anda. Mungkin anda boleh ke dapur membantu memasak atau membuat air ataupun membasuh pinggan mangkuk selepas makan (sesuai jika kedatangan anda sememangnya dijemput khas untuk makan tengahari atau malam bersama keluarga bakal mertua anda). Yer.. mungkin cara ini agak kelihatan seperti ke"kampung"an sedikit.. tetapi.. hasilnya tidak pernah mengecewakan.. :). Tak percaya? Anda boleh cuba...
Oklah!.. panjang pula email saya kali ini. Saya rasa, cukuplah sampai disini sahaja dulu untuk kali ini, insyallah.. jika ada masa terluang, saya akan hantar email lagi di lain kali. Akhir kata, saya doakan saat pertemuaan anda dengan bakal mertua anda berjalan lancar dan selamat menawan hati bakal mertua anda. Untung-untung.. kuranglah sedikit wang hantaran anda nanti.. he! he! he!...
Wassalam...
Tuesday, August 16, 2011
MeNyeSaL kaH ALya?
Monday, August 8, 2011
CINTA IBARAT MENCARI RANTING, PERKAHWINAN IBARAT POKOK YANG MENAKJUBKAN
pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?
guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.
pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.
guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?
pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.
gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...
dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?
guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.
pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.
maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?
pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...
maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......
tamat....
==============
Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.
Sekian, terima kasih... lain kali saya akan kongsikan pula tips2 serta cerita2 yang lain.
Wassalam
Wednesday, August 3, 2011
KISAH SUKA DUKA GANSTER
GAMBAR DIATAS HANYALAH HIASAN SEMATA2..TIADA KAITAN ANTARA YANG HIDUP OR YANG MENINGGAL DUNIA>>HEHEHE>>>I LIKE AERON AZIZ;P Hnadsome Balik pada cerita asal!!! Bukan sal Aeron Aziz nih…itu dia n me saje punya story k! SHHHHH!!! Haha..aku nak gtau sal cerita yang dia belakon je tau..wahhhh…start berangan ngn aeron lagi u…;) ;) ;) ;) Aku tengok KL Ganster punya cerita….hurm…sbb tu aku nak tgk KL Ganster sangat2..kenapa? Bila aku tgk KL Ganster, aku mesti ingat someone….even bukan dunia aku..tapi aku perlu tahu. APAKAH yang harus kita lakukan? Haruskah kita hancurkan masa depan kita untuk balik pada zaman silam semata2 xmau orang kacau orang yang kita saying? Itulah konflik dalaman dorang..even aku xpaham tp aku dapat rasa perasaan mcm tu..tindakan yang sepatutnya? Hanya dia saja yang tau..Hanya dia yang mengalami n hanya dia yang mengenali dunianya sebenar… kita hanya mampu menyokong n bagi pandangan setiap tindakan yang difikirkan betul..lebih daripada itu..kita xmampu untuk menghalang jika dia perlu lakukan..hanya mampu menasihati..lebih pada tu nanti dikata kita lebih2 plak. Aku hanya memerhati..dan juga meneliti..bukan kerana tertarik..jauh sekali ingin involve..namun kita xboleh lari daripada berhadapan dengan bermacam orang n bermacam ragam..sebab itu kita pun perlu mengenali..
Monday, August 1, 2011
alkisahnye...di pejabat....
Ari ni aku nak menceritakan sesuatu mengenai politik pejabat.. mesti korang yang da bekerja akan paham ape maksud dia…b4 kt kerja pn kita ade jugak politik2 mcm ni..seperti politik kelas..politik hostel..n mcm2 lg
Allan dellon seorang manager baru yang ditugaskan untuk menjaga sebuah pejabat yang menjalankan aktiviti2 subcontnye…Ana dan gucci adalah executive yang bekerja di situ.. Gucci adalah accountant yang baru menjalankan perkhidmatannya hamper sebulan menggantikan KFC (KFC resign sbb menerima pelbagai penindasan daripada pihak atasan..bukan dia je…Ana pun begitu tetapi Ana pandai berlakon..haha)..Mereka bertiga bertugas di bawah seorang big boss bernama Popoye. Popoye baru sahaja mengambil alih company ni (dengan kata lain membeli). Sudah mengenalpasti semuanya?
Then, terjadilah pelbagai konflik antara diorang bersama2 ngn pekerja….antara konflik2 yang akan dibincangkan di sini ialah…trenggg……: (sila baca di perenggan seterusnya)
PERTAMA, disebabkan si ana ni mmg pndai berlakon…even dia xsuka..dia xkan memberontak secara terang2… n buat baik kepada semua orang…langkah selamat kot..disebabkan sikapnye itu…walaupun dia disuruh mcm kuli oleh allan dellon untuk melakukan kerja diluar bidang dia..dia tetap bertahan n mengumpulkan semua sebab2 untuk memberontak dikemudian hari..yang pasti..time xkerja ..DONT EVER CALL HER!! Sbb limit dia menjadi cool adalah waktu kerja sahaja..haha..eh…melalut..balik pada cerita asal…disebabkan sikapnye yang super duper cool n berlakon itu…dia menjadi tempat luahan orang2 tertentu termasuk la luahan n komen2 allan dellon n si gucci n the labour… dia mendengar dengan telitinya..bagus
KEDUA, ni situasi Allan dellon lak..dia slalu mengadu perihal gucci n worker yang bekerja…kadang2 bila terlebih2 komen tu…ana juga perlu menegakkan apa yang dia rasa patut untuk protect orang yang xbersalah…antara komen2 tu rasenya haruslah dirahsiakan kerana dikuatiri kebocoran plak..;P
KETIGA, Gucci plak seorang yang hiper active la orangnya..dia mmg bersemangat bekerja tetapi disebabkan konflik besarnya ialah allan dellon..dia selalu meninggikan suara..n dia mengadakan sesi perbincangan ngn ana semalam..oppsss!! antara butiran yang tidak terperincinya…dia menceritakan bahawa nama dia telah pun busuk..sebab??allan dellon telah membuat cerita bukan2 terhadapnya n menuduh dia bukan2…pun juga diceritakan bahawa allan dellon telah memburuk2kan KFC di depan popoye sehingga menyebabkan KFC resignkan diri sbb xtahan ngn sikap allan dellon yang agak bossy n mcm gatai itu…
KEEMPAT? Hurm...ana plak…even ana xbersetuju ngn cara allan dellon treat mereka tetap dia membisukan diri..ingin mengambil langkah berjaga2…sendiri jaga kain sendiri ma…kalo x..siapa lg..dia hanya mampu mendengar n mendengar memandangkan dirinya yang paling muda n pengalamannya sebagai orang muda telah banyak mengajarnya agar tidak bersuara..sbb?? ala…you tau ape..kitorang lebih berumur sdari u…idea u seme xleh pakai…humppp!!!
Yes!!!Memang baik …ade perbincangan…namun yang membimbangkan ana ialah…selepas ini, adakah keadaan selamat lagi bekerja di tempat yang penuh ngn konflik ini????? Adakah allan dellon akan menerima dengan hati terbuka apa yang akan dibincangkan nanti? Adakah situasi akan lebih baik? Hurm…entah lah….ana sudah tidak nampak jalan n arah tuju lagi…dia mula berfikir2 untuk mencari kerja lain kerana ketidak enjoynye dia bekerja di situ lagi….
Thursday, July 28, 2011
KisaH SeoRanG PemuDa
Ade satu cerita….kisah seorang pemuda bernama andy lau yang mula menghitung waktu n harinya…di beranda tingkap usang di rumahnya yang berada di Penaga..dia bermonolog bersendirian..mengenangkan nasibnya yang bagaikan diperlukan oleh kekasihnya, Megan Fox apabila perlu sahaja…mengenangkan nasibnya yang sentiasa mendapat layanan begitu..”adakah aku ni penting padanya? Dimana dia letak diriku dalam hatinya..adakah aku penting dalam hidupnya? Dia boleh hidup tanpaku…kalo dia marah org aku sekali yang dapat tempiasnya.”
Andy Lau merasakan dirinya boleh digunakan sesuka hati…Siapakah yang xakan menggunakan aku kalo orang yang aku syg pn buat begitu?
Dia menghela nafas yang sangat berat…terlalu berat dia rasa untuk bernafas pada pagi yang hening..bening…Bebelan emaknya menyuruh breakfast tidak dipedulikan…kelihatan dia mengesat air mata yang tertumpah dek terlalu banyak bertakung di kolam kelopak mata bundar itu…Terlalu kerap kau menangis kerananya. Adakah dia tau? Adakah dia peduli?
Perlahan2 dia melangkah untuk ke bendang..mungkin kerana aku orang kampung..aku bukan org bandar sepertinya..aku bukan kerja bagus2..aku tak memahaminya..xmemahami kehendak dia…Dia menyayangi aku tapi adakah aku bahagiakan dia? Perasaannya tetiba terlalu sebak..Dia memerhatikan orang2 dibawahnya menuai padi…bendang peninggalan arwah moyangnya itu diserahkan padanya..Phd yang diperolehi hanya berada di dalam file..pnggilan2 sebagai lecturer, dan engineer ditolaknya dengan berhemah..Dia hanya memikirkan ibunya yang sudah uzur…seorang ibu tunggal yang baginya paling hebat di dunia. Bialah…
Akan tetapi bukan itu yang menyerabutkan kepalanya sejak kebelakangan ini….usikan kawan2…bebelan ibu..rengekan anak2 kecil…post2 kwn2 pmpuannya yang bahagia menerima cahaya mata itu…kebahagiaan terpancar pada wajah2 n kata2 mereka..Bukan dia xmau menamatkan zaman bujangnya…bukan dia xingin ada anak sendiri…bukan itu semua..perasaan untuk menjadi ayah sangat membuak2 dalam hati andy lau..akan tetapi apakan daya…dia harus menunggu n terus menunggu…….
******
Andy!! Kasim Selamat kena patuk ulaq! Kawannya, Jackie Chan menjerit kuat memecahkan lamunan bersiri Andy..Dlm hatinya menyumpah2 diri kerana tak mengawal, mengkoordinat pekerja sedari tadi..Segera dia berlari 100km/jam untuk mendapatkan Kasim Selamat n mengarahkan Jackie Chan menelefon ambulan…..
***** THE END ****
Wednesday, July 27, 2011
Rajuk..KeciL hati, Peluang n RuanG
Idea ni tercetus bila aku bosan…bagi menampakkan aku bz menaip…so aku taip draf dulu dlm word..hehehe.. ble la aku kongsi cerita rakyat memberi pedoman kepada kita semua agar jangan pikirkan diri sahaja….
Pada suatu hari yang tenang setenangnya masa yang lampau…zaman 1990-an aku rasa…si suami sudah jarang balik kampung atas alasan BERKECIL HATI dengan bapaknya yang mmg jenis BERKIRA n suka AMBIK KESEMPATAN keatas anak2nya…Dlm erti kata lain LICIK penyayang. Tapi..bg aku..walau mcm mana pun dia tetap bapak kita
***Sambung lagi cerita lain plak….***
Situasi kedua…apabila si bapak itu membuat kenduri kendara…alkisahnya tiadalah adik beradik sebelahnya untuk free menghadirkan diri masing2…kenapa?? Kerana ketidakpuasan hati…”biala..ms kitorang wat kenduri ade dia datang??” "pandai cakap tapi tak buat..biarkan kami terkontang kanting kat sisni" yang menjadi mangsanya ialah anak2 mereka..si bapak ini alkisahnya mula berkata “nak tgk je adik2 nak datang tak..kalo xdatang tau la mcm mana diorang layan abg dorang cane. Xingat masa dorang kecik2”
dlm hati aku Cuma terdetik “adakah kita perlu mengungkit2 kebaikan yang pernah kita lakukan n mengharap orang itu selalu ikut telunjuk kita lepas diberi budi?” “ikhlaskah kita dalam melakukan kebaikan?” then si bapak itu mula merajuk n memberi arahan mandatory kepada familynya supaya menjauhi sekian2 orang kerana tidak menghargai kebaikannya…perlukah kita xsuka someone n seme orang kena menjauhi someone itu? Its your story…not ‘ours’.
*******************
Persoalannya kepada si anak..mcm mana nak menasihati bapak yang terlalu sensitive n bersifat menjauhi ini? N mcm mana ingin menjernihkan keadaan yang bertahun2 keruh?? Si anak yang agak mentah itu asyik berfikir untuk menjernihkan keadaan..tidak dapat tidak untuk mengikut telunjuk si bapak yang ntah pape..juga telunjuk si atok2 n makcik2 yang ‘anti gila’..juga telunjuk mama yang selalu berendam air mata n berusaha bertahun2 untuk melembutkan hati si bapak..cukup kasihan!
So, bagi aku la..if u sebagai anak, parent and atok…em..ade konflik tu jgn la babitkan anak, cucu, n famili sekali untuk menjauhi dorang..dorang ada hak jugak untuk bermesra n menilai siapa famili dorang…
“ni pesanan akak kat awak…pesanan ni drp ibu akak…jgn dilayan rajuk dlm hidup..kita xleh lari dri ‘terkena’ ngn orang…biarkan dorang..”
ni sambungan aku lak…”kita atur hidup kita agar bahagia ngn orang2 sekeliling n diterima orang even kadang2 ade berselisih faham..manusia xleh lari daripada melakukan kesilapan..”
Bagi peluang kedua kat dia..mungkin peluang kedua itu betul2 menjadikan orang itu orang yang kita banggakan..orang yang sangat menghargai kita..tp berpada2..k!
Wednesday, May 18, 2011
Tuesday, May 17, 2011
maafkan saya kakak..n maafkan saya awak..
saya terlalu berani untuk kerja itu...n adakah terlalu berani untuk menanggung akibatnya? tp itulah jwpan drp persoalan2 selama brtahun2 ni..n just for that short asnwer...kamu kn berani hadapi akibatnye kn marah dgn awak..
bila saya tahu jwpannya drp akak (today), bermakna...kejamnya saya pada akak..knp akak menolong saya untuk menyatukan saya dgn awak...saya sgt bersalah kerana xsedar itu..rasa mcm saya lah penghalang perasaan akak dekat awak..betapa butanya saya...semasa saya bahagia dengan awak...ada hati lain yang merana...betapa butanya saya membiarkan hati akak terluka kerana saya n awak...n akak masih xdapat lupakan awak..betapa ikhlas hatinya menyintai awak..n betapa kesiannya dia msih xdpt lupakan awak..
saya sayang awak..tp hati saya masih ada sesuatu..seolah2 ada sesuatu yang menghalang...akak...saya minta maaf sbb bertindak terlalu jauh pada akak...saya xdapat jadi spt ibu padanya..cuma saya nmpak ianya ada pada akak.....saya xdapat menjaga awak dgn baik..sbb saya nak tahu knpa akak msih mengambil berat padanya..sbb tu hati saya meronta2 untuk mengetahui isi hati akak pada awak.. akak..maafkan saya kerana mengambil jalan ini..adakah akak boleh menjaganya? sbb saya xdpt menjaganya spt y diharapkan...saya xmampu kak..jauh sekali untuk sy permainkan perasaannya...demi kebahagiannya kelak.
Contract
jika berkontrak...
perlulah dengan signature n persetujuan dua belah pihak..
jika berkontrak...
jgn ckp mulut...kerana terdapat khilaf dikemudian hari..
jika berkontrak...
jgn pikir ape y kamu pikir sama ngn apa yang pihak satu lg pikirkan...n korang setuju sedangkan berlainan dengan apa y dua belah pihak fikirkan..
jika berkontrak...
biarlah hitam putih kerana itula bukti...dont trust anyone including ur family n ur wife/husband..
kerana sbb percaya itulah korang akan merana dikemudian hari...
jika berkontrak...
make it clear with anybody u agree with...
jika tidak..terimalah kata2 kesat daripada pihak yang berkontrak dengan kita
Sunday, May 8, 2011
Aku TinGGaLkaN Dia Demi Allah
Dengan nama Allah... sebaik-baik Pemberi Ganjaran.
Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!
Kau takkan pernah dapat memberi jawapan,
Kerna jawapannya bukan di tanganmu,
Tetapi di tangan-Nya.
Di tangan Tuhan kita; Allah,
Tuhanku dan Tuhanmu.
Gelisahku memikirkan dirimu,
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku,
Aduhai pria,
Maafkan aku,
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu.
Jemput diriku pabila waktunya tiba,
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia,
Akan kucipta cinta bersama Dia,
Sebelum kucipta cinta antara kita.
Jadilah dirimu kumbang yang hebat,
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar,
Untuk itu, Aku tinggalkan dirimu pada-Nya
Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu,
Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya,
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
Usah bersedih atas perpisahan sementara ini,
Jika benar aku tercipta untukmu,
Tiada apa yang dapat menghalangnya,
Sebelum saat itu tiba,
Berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan,
Mohonlah padanya dengan penuh mengharap.
Yakinlah pada janji Allah!
Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga) [Surah An Nur: 26]
Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu,
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata,
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti.
Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu,
Daripada yang sekarang (permulaan),
Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
Lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Surah Ad dhuha: 4 & 5]
Beruntunglah kamu!
Tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu!
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini.
Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[Surah As Syams: 8-10]
Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
Maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Surah Fussilat: 30]
Dan tika kamu merasa lemah,
Mohonlah kekuatan dari-Nya,
Allah itu dekat,
Yakin pasti.
Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
Maka mohonlah perlindungan kepada Allah,
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [Surah Fussilat: 36]
Kamu dan aku adalah intan terpilih,
Berdoalah aku kuat dan tabah untuk menjaga kilauanku,
Berdoalah tiada sang kumbang durjana merosakkannya sebelum yang halal tiba,
Aku juga sentiasa mendoakanmu agar dalam peliharanya,
Sentiasa.
Tuesday, May 3, 2011
CHaNgeS
Aku mungkin xsedar bahawa aku tak menjadi diriku yang dulu..if aku menjadi orang lain yang kau kenali…jgn kau menyalahkan aku untuk itu…aku mungkin bukan orang yang kau kenali dulu..aku mungkin bukan lagi gadis yang lembut..aku juga mungkin bukan lagi orang yang bertolak ansur..aku mungkin tidak sedar perubahanku..hanya engkau yang menyedari..jika dulu kau peka dengan sikapku..peka terhadap tingkah lakuku…kini aku bukanlah orang yang tegar menerima kata2 kasar…aku terlalu sensitive dengan perubahan..terlalu sensitive dengan percakapan, perlakuan sesiapa saja yang berkomunikasi denganku..aku tau perasaan itu tidak baik…sbb itu aku xmau sesiapa yang tidak tegar bersamaku..kerana aku mungkin akan melukakan hati sesiapa saja…tanpa sengaja..sbb itu aku memilih untuk bersendiri..aku yang memilih untuk berubah..maafkan aku kerana memilih jalan ini tanpa memikirkan diri kau lagi..
Fasa ini terlalu sukar untuk dihadapi berseorangan..~
Monday, March 21, 2011
Friday, March 11, 2011
apa yang bermain2 difikiranku saat ini?
hehehehehe...toink2..hehehe...berlakukah? kuat hatiku...kn doa bnyak2...seikhlas yang mungkin...mak ckp..even kt buat salah...mintak je ngn Allah if ianya baik....dia Maha Mendengar..hehehehehe..ting!
Wednesday, March 9, 2011
ROH yang Dahaga n KeLapaRaN
jwpnnya sbb roh kt..asal roh kt mcm tu...roh akan kenal ngn y sekufu..y sekumpulan dgnnya..roh y dihantar kedunia akn cenderung brgaul dgn roh y sama sifatnya spt mana b4 ia dimasukkn dlm jasad kt.. sbb sng brkongsi aktiviti y sm..berkongsi cerita yang sama...sbb tu kt slalu dinasihatkan..jgn lupa jg bg roh makanan y baik..jgn fizikal je bg mkn...kesian roh kt...kehausan mkanan...
sbb tu parent tekankn mkanan roh sejak kt masih bayi smpai kt da boleh pkir....sbb tu kt ditegah..bila kt dekat...mudahla kt cenderung ntuk melakukan y dilarang...knp? keliling kt mcm tu..kt brgaul ngn org spt itu..knp kt xboleh brgaul ngn org y sk brckp mengenai kebaikan? org y bertemu dgn kt kerana takutkan Allah? yang bertemu dgn kt hanya kerana mahukan keredhaan-Nya? mcm2 alasan y kt bg...xdpt masuk..da cuba...tp xdpt..knp? sbb kt biarkan nafsu menguasai roh n jasad kt ntuk buat tu...sbb tu org kt kalo nak berubah perlu struggle...jgn bt bnda2 y mendorong kt buat kejahatan..nah!
apa perlu dilakukan? xkn nak brubah dgn drastik? nti tkut memberontak..knp? sbb roh dalaman y memberontak..knp? sbb kt ubah luaran..kt lupa bg mkanan y baik pd roh kt..kt alpa...slow2..? tgk la muallaf y sebenar...bkn muallaf pd nama..bagaimana dorg brubah? cari la org y btul2 ble bimbing kt...if dah ada..n y boleh trima kisah kt..knp masih mensiakan ms tu? knp masih mahu berbangga dgn diri ms lampau? lg susah y xda pembimbing drp y dah ad depan mata..tp knp y xda pembimbing lbh bertekad? adakah pembimbing jg disalahkan? xmahu ke kt jadi insan yang bersyukur? knp mahu sombong? kenapa mahu ego? tanya diri sendiri..apa y kt mahu ntuk diri kt? kalo bkn kt yang selamatkan roh kt..siapa lagi? mahukah kt menjadi kejam pd diri sendiri?
aku bermonolog sendiri...tersedar...Rohku...apa yang sudah aku lakukan pada rohku? apa yang dah aku kasi pada rohku? dahaganya dia..laparnya dia...kejamnya aku..maafkan aku..
teringat ms zaman matrik..aku berdebat ngn someone ttg sesuatu perkara n diceritakan kembali kpd sorang teman dan aku teringat kt2 dia:
'dila, kau bercakap spt org jahil...'
tersentap aku...bila aku pikir..ada betulnya..aku xmarahkn dia..ya aku masih jahil..masih mencari..mencari kebenaran ntuk mengumpul pengetahuan..mengurangkan kejahilanku...memperkukuhkan pegangan y aku pilih...even terkadang aku cuai...aku tersesat..
SUMBER: olahan drp MAJALAH SOLUSI (thanks 'kakak' memperkenalkan aku ngn majalah ini)
Monday, March 7, 2011
Pergantungan n Persoalan
kata2 someone mlm tadi menusuk kalbuku...adakah itu jalannya untuk aku?
bila kupikir2...itulah y terbaik...ya..plan ntuk hadapinya...kebahagiaan bkn persoalan y kt perlu selesaikan..kebahagiaan hanya datang bila kt tahu menghargai setiap y kita miliki..kebahagiaan itu soal Allah s.w.t.. jgn persoalkan apa yang dia aturkan pd kt..ikut flow... buat yang terbaik..sentiasa bersyukur dgn setiap apa y kamu hadapi..miliki...
Insyaallah..kuat pergantungan kt padanya...itulah y diuji..
"lebih baik jahat yang ada n tau agama daripada jahat yang xtahu agama, lama2 dia akan kembali pada yang Mencipta kerana kesalahan2nya".
mampulah kamu ntuk menebusnya
Sunday, March 6, 2011
kaya duit tp miskin ksih syg
kbnyakan org kaya..brduit..tp xdpt ksh syg. knp? adakah sb xbrsyukur n tamak? y mnjadi mngsa adalah fmili n org y disayangi..sbb pkirkn duit..hdup merana..ksh syg y ada diketepikan. tnggjwb y spttnya diabaikan..n cari ksh syg n ksronokn ln kononnya kurg mndpt ksh syg..itu lah dunia. dunia y pnuh tipu daya.. y ckup n hmpir smpurna..bila suda xrsyukur akn merana..kehidupan sntiasa bgitu..
sbb itu kt dibekalkn ngn asas agama y btl. parent pastikn ank2 dpt asas y btl2 mntap. bkn je skadar tahu..tp hayati. xramai y menghayati..akibatnya hanyut ngn janji2 duniawi. trmasuk la jgk aku. namun kt melangkah dewasa..kn brtnggungjwb ngn apa y kt lakukn pd dri kt..xboleh mnyesal..tanggung risiko akibat kptsn y kt bt dndiri.. jgn lupa pd sang Pencipta..even kt ditimpa musibah..bangunlah..jdlah manusia sejati..jd lah lelaki y mampu menjadi pemimpin y disegani..bkn pmimpin y ditakuti..jdlah pmpuan y mulia..pmpuan y mnjadi tulang belakang pemimpin y dsegani..xkira mnjadi pmimpin di mana..y paling pnting..pemimin rumahtangga..memimpin keluarga lbh susah dr memimpin dunia..jadilah idola keluarga..dr rumah la sbnr2 nya siapa kt..
jadilah org y brsyukur dgn apa y ada..kt akn mrasa nkmat bhagia..bkn kseronokn smentara y mbawa kt ke jln gelap n menyakitkan.
Tuesday, February 15, 2011
Monday, February 7, 2011
Maher Zain - Insha Allah | Insya Allah | ماهر زين - إن شاء الله
dedicated to my love...hope u will be a better with a strong spirit for Allah S.W.T...
Thursday, January 27, 2011
DiRi ini di perantauan..PERjalanan Hidup
-3hb jan aku start keja di seri kembangan.. really...xtau pun tempat tu...xpernah n xtahu area selangor ni..but berserah je.
-demi menjaga hati pihak2 tertentu, aku berkeputusan memilih jalan ini..berjauhan di tempat org, environment berbeza cz aku xsanggup melihat ibuku bersedih dengan keadaanku..really...i love u n xdapat tgk dirimu bersedih dgn mcm2 dugaan menimpa anakmu...really sorry...
-kehidupan berbeza, environment berbeza...memberi ruang untuk aku berfikir n menenangkan diri..hope segalanya akan baik2 saja...
-n THANKS kpd kwn2 y memberi sokongan moral..xkira dimana korang berada skg, akan aku doakan kebahagiaan korang semua...aku terhutang budi pada korang.
-last, SORRY to sesiapa yang aku secara xsengaja tersakitkan ati...yang anggap aku skg menjadi org len or kejam..so sorry...
Monday, January 10, 2011
Just n only for my future husband-Just n only HE know who u are
I praise Allah for sending me you my love
I know You'll find me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ll open my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when 'you' came along
And theres a couple words I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my future husband and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything will change when i know you'll came along
And theres a couple word I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I`ll be there for you
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I`ll be there for you
I know that deep in my heart
-I know i'll find you...