CauRaGe iS NoT tHe aBseNce of fEaR, bUt RatHer tHe JuDgeMenT tHat SomEtHinG eLsE iS MoRe ImPoRtaNt tHaN FeAR.
RSS

Tuesday, July 13, 2010

DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER


aku teringat peristiwa aku dengan anjing liar di puncak nabalu, Kota kinabalu, Sabah...bila melihat pada cara diorang mcm kucing je..malah lebih cerdik daripada kucing aku rasa...anjing liar terlalu banyak di sabah...sampai pernah jadi isu untuk pemusnahan spesis2 ni...tp bg aku anjing tetap makhluk Allah jgk...dia perlu jgk hidup..menikmati erti hidup di alam ini..masa aku kecik2 aku slalu set mind aku yang anjing ni suka gigit org...smpi besar aku jadi takut ngn anjing...yela..bila nampak anjing aku lari...lagi la anjing tu nak 'kejar'...tapi apa yg aku fikir xla seperti tu...kalo kita tgk pada kucing...kalo kita lari dari dia, mesti dia akn kejar kita gak..konon2 nak lari sama2..nak main kot...xpn dorg pikir kita ada makanan ntuk bg kat dorg, bila kita lari dorg pn ikut la kejar.....( ni ntuk kucing yang peka la..bkn yang mcm garlfield tu..)..ha, sama la mcm anjing...anjing ni lg la peka...hehehe...ape ntah aku melalut...ni nak cita zaman aku dulu...mcm mn aku pikir sal anjing..

skg, aku lebih terbuka...melalui pandangan beberapa pihak..n yang pnah aku alami...anjing ni xpa kalo pgg...xharam pn...tp kalo pgg dlm keadaan basah..(sama ada kulit dia basah or bulu dia basah)kena samak la eh..samak tu la yang wajib cz kita nak menunaikan ibadah..Allah telah banyak meninggalkan kita cerita2 zaman dulu yang boleh memberi pengajaran pada kita semua...antara yang aku ingat...kisah pelacur yang memuliakan (mengasihi) anjing dengan memberinya minuman dengan menggunakan kasutnya...disebabkan itu..dia dijamin masuk syurga...tak ke haru...maksud aku..bkn kita kena berbuat baik pada anjing ja...pada makhluk lain pn sama la..hanya Allah je yang tahu n bleh judge kita tang perbuatan kita di muka bumi ni...

satu lagi kisah sorang wali yang diajar oleh seekor anjing....kita saksikan kisah dia...

suatu hari, seorang wali yang dikenali sebagai Ba Yazid atau Abu Yazid sedang jalan-jalan di satu lorong. Tiba-tiba seekor anjing menghampirinya. Oleh kerana takut jubahnya tersentuh kulit anjing itu, maka Abu Yazid menarik pakaiannya ke atas.

Tiba-tiba anjing itu bersuara seperti suara manusia, “Kalau kulit aku kering, terkena kulitku, tuan tidak perlu mencuci pakaian tuan, tapi kalaulah kulit aku basah, tuan boleh menyamak pakaian tuan itu. Tetapi sifat benci yang ada di dalam diri tuan itu tidak boleh dicuci walaupun dengan tujuh batang sungai sekalipun. Dosa batin itu payah untuk dicuci.”

Abu Yazid berkata, “Wahai anjing,kamu ini sangat bijak. Marilah tinggal dengan aku seketika.”

“Tidak, kita berdua tidak boleh tinggal bersama kerana aku ini dihina manusia sedangkan tuan dipuji oleh dunia.Tambahan pula aku tidak menyimpan makanan untuk esok, sedangkan tuan menyimpan makanan untuk setahun,” jawab anjing itu.

Mendengarkan kata-kata anjing Abu Yazid berbisik sendirian: ” Kalaulah dengan seekor anjing pun tidak sudi bersamaku, apakah aku layak untuk menghampiri Tuhan dan duduk di `majlis-Nya’? Puji-pujian bagi Tuhan yang menghinakan diriku dan mengajar manusia melalui perkara-perkara yang kecil.”

ha....tgk tu...anjing yang masyarakat kita anggap hina pn bleh ajar sorang wali...dapat menyedarkan sorang wali...lagi la kita...jgn la memandang hina pada org2 biasa..jgn terlalu awal judge orang ni xlayak ntuk mendapat ilmu agama...kerana pakaiannya..kerana fizikalnya...berbuat baik lah pada semua org..

hurm...kesimpulannya...'don't judge a book by its cover'..heheheh

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...