CauRaGe iS NoT tHe aBseNce of fEaR, bUt RatHer tHe JuDgeMenT tHat SomEtHinG eLsE iS MoRe ImPoRtaNt tHaN FeAR.
RSS

Monday, March 30, 2009

kenapa perlu bercinta?

Perasaan cinta adalah kekuatan yang selalu meluap-luap dan menyusup ke dalam seluruh rongga hidup seseorang. Perasaan cinta dapat membawa pasangan ke gerbang perkahwinan. Cinta membuat seseorang berasa dirinya diperlukan oleh orang di sekeliling. Kesemua ini timbul dari diri yang berdisiplin. Disiplin menghalang kita melakukan sebarang bentuk penyelewengan jasmani, mental atau emosi. Ini kunci kekuatan untuk membina, mengekalkan dan menikmati cinta. Disiplin menentukan terhasilnya cinta yang unggul.


Cara anda bercinta mencerminkan peribadi anda. Cara anda menyintai seseorang dan sesuatu berkait rapat dengan cara hidup anda. Contohnya,

seseorang yang menjaga kata-katanya dengan teliti ada kaitannya dengan cara anda melayani kekasih dan mengendalikan tempat kediam an anda.


Seseorang yang teliti dan cermat memandu di jalan raya akan dapat mematuhi semua peraturan lalu lintas menggambarkan dirinya yang teliti dan bertanggungjawab dalam kehidupan cintanya.


Cinta kadangkala tumbuh daripada perjuangan fikiran, usaha dan emosi yang kadang kala dianggap tidak menurut peraturan. Remaja mempunyai kekuatan yang tersendiri untuk meneruskan percintaannya. Remaja perlu meneruskan pertempuran mental dan emosi dengan keluarga sehingga ibu bapa dapat menerima hakikat bahawa bercinta adalah perkara biasa dan suatu proses dalam kehidupan remaja.


Cinta yang unggul akan berkembang melalui liku-liku ujian yang banyak seperti wujud penentangan dan keinginan yang tinggi. Cinta ada kalanya cerah dan adakalanya kelabu.. remaja tidak boleh sampai ke tahap tidak memikirkan kecelakaan yang akan menimpa dalam bercinta. Jangan sangka panas hingga ke petang…kadang kala hujan di tengah hari. Orang yang bercinta akan mengikut disiplin akan menyedari hakikat ini kerana tidak ada manusia yang cukup sempurna. Remaja perlu terus berusaha menuju kesempurnaan tetapi tidak bermakna terselamat daripada segala kesalahan.


Sekiranya pasangan yang bercinta mahu menikmati cinta yang unggul, mereka perlu ada kekuatan untuk terus bersama, berhubungan walaupun terus dibayangi oleh aneka ketidak sempurnaan.


Cinta dan penghargaan diri yang sihat dan wajar akan membanmtu anda mendapat kebahagiaan.Perjalanan hidup sebagai remaja tidak dapat dirancangkan secara tepat dan terperinci kerana kehidupan bukanlah taman bunga, tetapi perjalana yang penuh suka duka. Kehidupan tidak hanya melukai anda, tetapi juga menyediakan ubat bagi menyembuhkan luka itu. Setiap kelukaan ada hikmahnya. Begitu juga dengan percintaan. Orang yang memanfaatkan penderitaan sebagai pengalaman pasti mengalami hikmat penderitaan tersebut.


Akhir kata….remaja yang tidak pernah menyedari dia sudah menyakiti hati orang lain, tidak akan menemui cinta yang unggul sepanjang hidupnya…

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday, March 16, 2009

surveying conference for undergraduates 2009 at UM

ngah bosan and ngantuk.heheh

latihan ms conference...good job la..

our classmate yang cool..we support you;p


da nak balik da....isk2..

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sunday, March 15, 2009

MUTIARA CINTA

“Apabila anda jatuh cinta, mula
bercinta, hidup hanya untuk cinta,
pendirian berpandu pada cinta, segala-
galanya hanyalah untuk cinta, hanya
satu perkara terakhir yang anda
perlukan...memahami erti percintaan
itu.”

Mutiara Cinta #1 :

“Cara bercinta paling selamat ialah
bukan dengan mengawal cinta itu dari
hilang tetapi bersedia untuk
kehilangannya.”

Tip : Beranikan diri anda, tabahkan

hati dan bersedia menghadapi apa jua
takdir yang bakal diterima kerana
sesungguhnya, segala-galanya adalah
dari kehendak Tuhan. Semuanya adalah
ketentuan dari Ilahi.


Mutiara Cinta #2 :
“Penyakit cinta yang amat menyakitkan
adalah, mencintai orang yang mencintai
orang lain.”

Tip : Ingin saya sarankan untuk
berkali-kalinya, apabila anda dapat
tahu yang si dia sudah berpunya atau
sudah pun bertunang, berkahwin, ANDA
TIDAK PERLU BERSEDIH! Inilah masa
paling best! Cepat-cepatlah melupakan
dirinya dan terus saja memulakan
lembaran baru dalam hidup anda. Kenal
seramai-ramai teman baru, bina
perhubungan baru, percintaan baru
dengan orang baru!!...anda sudah tidak
perlu lagi nak susah-susah takut ada
orang yang nak jealous nanti.

Mutiara Cinta #3 :
“Cinta yang sejati, sebenarnya tidak
pernah mati walaupun sudah berpisah,
cinta itu akan terus mekar di lubuk
jiwa. Hanya jasadnya sahaja yang sudah
tidak bersama.”

Tip : Cuba buat-buat yang anda mahu
berpisah untuk selama-lamanya dengan
kekasih anda . Uji dia...jika dia
benar-benar menaruh hati dan perasaan
cinta yang sejati pada anda, dia akan
berkata, "Jika perpisahan yang akan
membahagiakan mu, aku rela melepaskan
kau pergi!"

Dia sanggup berkata begitu kerana
baginya, walaupun dia berpisah dengan
anda, dia tetap akan menyintai anda
dan mahu anda bahagia.

Namun jika dia cuba sedaya-upayanya
untuk tidak berpisah walau hanya untuk
sementara, dia hanyalah mementingkan
perasaannya sendiri. Soalnya, adakah
anda sanggup mengujinya? ADA BERANI?

Mutiara Cinta #4 :
“Walau hitam, hodoh dan hancur yang
anda fikir tentang diri anda, YANG
PENTING bukan anda tetapi DIA. Apa dia
fikir tentang diri anda?...”

Tip : Perasaan rendah diri akan
sentiasa menguasai jiwa mereka yang
ada kekurangan pada diri masing-
masing. Sewajarnya anda tidak perlu
asyik memikirkannya sangat. Sekiranya
ada yang berkenan dengan anda,
walaupun pada tanggapan anda sendiri
anda tidak layak buatnya, ITU TIDAK
PENTING! Yang penting hatinya suka
pada anda, jiwanya sanggup menerima
anda. Itu lebih daripada cukup!
Pedulikan kata orang lain.

Mutiara Cinta #5 :
“Mereka yang tidak kisah jika anda
mempunyai kasih yang lain adalah
mereka yang juga memiliki yang lain.”

Tip : Sedar dan kenalilah perangai
pasangan anda. Lebih-lebih lagi
apabila dia membenarkan anda terlalu
sosial dan berkenalan dengan orang
lain tanpa menunjukkan sebarang reaksi
cemburu.

Ada kemungkinan besar, dia juga
melakukan perkara yang sama di
belakang anda. Jika anda tidak suka
pasangan anda melakukan perkara yang
anda tidak suka, ada lebih baik anda
berubah menjadi baik terlebih dahulu
dan tunjukkan contoh kekasih yang
terpuji akhlaknya.

Mutiara Cinta #6 :
“Apa yang kita lalui bersama dulu,
cukup bagus. Apa yang kita lalui
sekarang sangat menarik dan apa yang
akan kita hadapi nanti adalah yang
terhebat...”
Tip : Di dalam setiap perhubungan,
tidaklah berapa baik sekiranya anda
sentiasa memikirkan akan masa lampau,
tidak bagus juga jika anda asyik
memikirkan masa depan. Seelok-eloknya
fikir masa sewaktu anda bersama yang
tersayang dari masa lalu, sekarang dan
akan datang.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...